Selamat Pengantin Baru buat AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA......SCHAWAL.....

Sekarang ni kat mana-mana mesti ada dengar cerita pasal perkahwinan selebriti yang baru-baru ni.Siapa lagikan kalau bukan AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA aka SCHAWAL.Perkahwinan yang memang aku nanti-nantikan sangat.Korang tak nantikan itu korang punya pasal sebab korang tak minat.Aku??Aku minat giler kot kat dorang ni tapi takdelah taksub bagaikan orang gila sangat.

Biodata Scha Al Yahya
NAMA: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya
USIA: 29 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
TEMPAT LAHIR: Sungai Petani, Kedah
TINGGI: 5 kaki 7 inci
BERAT: 50 kg
IKLAN: Hotlink, Nokia, Olay
FILEM: Antoofighter, Histeria, Papadom
DRAMA: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella, Awan Dania dan banyak lagi..
MUZIK KEGEMARAN: Yang rancak
MINUMAN KEGEMARAN: Jus Tembikai
WARNA PILIHAN: Putih
ARTIS KEGEMARAN: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
TEMPAT KEGEMARAN: Club Med, Cherating
IDOLA: Tun Dr Mahathir
TABIAT BURUK: Terlalu banyak berfikir
GELARAN: Juara Dewi Remaja 2006







Biodata Awal Ashaari
NAMA: Ahmad Awaluddin Ashaari
PANGGILAN: Awal
TARIKH LAHIR: 6 Ogos 1981
USIA: 31 tahun
KERJAYA: Pelakon, pengacara & model
TINGGI: 1.8 meter
BERAT: 70 kg
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Filem dan Televisyen, Universiti Lim Kok
Wing dan Curtin University serta Diploma Media dan Komunikasi dari Universiti
Teknologi Mara (UiTM).
PENGALAMAN: Hos Beat TV, Teh Tarik & Cabaran Tariking F&N 2006, Sensasi, One In A Million, Sehati Berdansa.
FILEM: Diva, Diva Popular, Impak Maksima, Malaikat Maut, Apa Kata Hati, I’m Not Single dan Syurga Cinta.
DRAMA: Cinta Medik, Impak Maksima The Series & A Time For Us (usaha sama Malaysia - Filipina)



Setelah 3 tahun menjalinkan cinta akhirnya mereka sepakat untuk melangkah ke alam yang seterusnya.Saksikan Awal Lamar Scha dalam Propaganza dan akhirnya pasangan ini selamat dinikahkan pada malam 4 Mei 2012.Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus. Pernikahan di jam 9.15 malam itu telah berlansung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Mas kahwin bernilai RM2,050.00 telah diberi Awal kepada Scha.Jom kita layan gambar-gambar kahwin dorang.




 





Actually banyak lagi gambar-gambar kahwin dorang ni tapi takkanlah aku nak masukkan semua lak kan.So aku kongsi yang mane aku suka jelah.Selebihnya korang bole tengok kat Abang Nara, Abang Budiey, Oh Bulan dan macam-macam lagi blog untuk artis.Google lah kalau nak cari.Apa-apa pun Semoga Berbahagia hingga ke akhir dunia buat Awal dan Scha.Semoga tabah menempuh alam berumahtangga.


p/s : Sumber dari Mr Google.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...