Cerita Hari Raya

Assalammualaikum.
Salam 1 Malaysia.
Sedar taks edar dah masuk hari raya ke lapan.
Sekejap je kan?
Hurmmmm tahun ni raya aku rasa kurang sikit tapi cukup bersederhana.
Al-maklumlah orang pregnant.

So tahun ni giliran beraya dengan family aku.
Alhamdulillah cukup makan segalanya.
Pepagi dah beratur beli lemang.
Then makan-makan kat umah mak aku.
Puchong je pun.
After that barulah pegi beraya kat tempat lain lak.
Pagi tu si abang ni ha buat hal.
Asyik nak mengamuk je.
Maybe tak cukup tido semalamnya kot sebab bunyi mercun sejam.
Sempat pegi beraya rumah atuk Incik Suami then terus balik rumah sebab si abang dah ngamuk sakan.
Sampai rumah terus tido.
Tergendalalah projek nak beraya kitorang.
Kene tunggu dia bangun.
Dah dekat petang barulah dia nak bangun.
So sempatlah pegi beraya dalam 2buah biji rumah je.


Cerita raya kedua pulak kitorang plan balik kampung Incik Suami.
Tapi before tu balik Tanjung Malim dulu tengok opah belah arwah abah.
Dalam tengah hari baru gerak ke Sekinchan.
Tapi kan rasa tak adil tau sebab raya dengan family aku kejap sangat tapi raya dengan family Incik Suami...
Hurmmmm...
Sampai kat kampung Incik Suami dalam pukul4 ptg macam tu.
Hujan dan jem sikit je.
Si abang masih lagi dengan halnya.
Tapi bila dia tengok ramai kengkawan dia kat dalam rumah tu mulalah dia berubah.
Atuknya terus pasang pagar depan sebab tup-tup si abang dah kat jalan depan.
Ya allah melasaknya subhanaALLAH.
Penat sangat aku kat sana dok ngejar dia je.
Lastnya melepak kat kampung Incik Suami sampailah ke ari Jumaat.
Penat sangat weyh aku.
Raya yang tak macam raya.
Tak naklah citer lagi sebab TAK BEST !!!
Tahun depan aku tak tahulah gamaknya camne pulak sebab si abang dah ada geng kan.
Pengsannnnnnnnnnnn !!!


By the way,
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin dari kami sekeluarga sekiranya ada salah dan silap.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...