Ramadhan 2012

Assalammualaikum...

Arini masuk ramadhan yang ke 12.Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpuasa biarpun banyak dugaan yang datang.Dugaan yang mungkin tak semua orang akan rasa.Memang perit tapi aku lalui dengan sabar dan tabah dan bertambah kuat dengan adanya sokongan dari family dan suami.
Aku terima semua dugaan yang datang dengan redha.Bagi aku ALLAH masih sayangkan aku dan kerana itulah DIA turunkan dugaan untuk aku.Alhamdulillah....

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya pulak.Persiapan??
Aku takde persiapkan apa-apa pun.Bukan kerana tahun pertama beraya sebagai suami isteri tapi kerana kebanyakkannya semua sudah tersedia semasa majlis perkahwinan aku.Lagipun aku tengah memikir ni sama ada aku masih boleh memakainya atau pun tidak.Hmmmm tunggu dan lihat aje nanti.

Tentang kerjaya.....tak banyak aku boleh citer tapi yang pasti aku sudah mula bosan dan bosan dengan apa yang aku lakukan sekarang.Bertambah hilang keyakinan aku untuk bekerja bila HR aku meletakkan jawatan.Ohh  no !!!!
Tapi itulah yang aku lalui sekarang.Takde tempat untuk aku berkongsi masalah dan mengadu sesuatu seperti dulu.Ya !! Memang ada pengganti 1 ari nanti tapi tetap tak sama.Takpela bukan jodoh kami untuk bersama selamanya.Cuma harap dapat pengganti secepat mungkin sebab nak raya ni nanti tak ada orang nak buat gaji pulak kan.

Doaku~



Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau jauhkanlah manusia berhati keji, yang sanggup menyusahkan orang lain untuk kepentingan sendiri daripada keturunanku.
Amin Ya Rabbul 'Alamin

Tazkirah kot ! Luah Rasa 3

Diri sendiri pun tak betol ada hati nak tazkirah orang konon.Citt !!

Tak betul sikit jela pun tak nak ngaku banyak (",)v

Aku punya tak betul pun takde lah sampai tak tahu hukum penipu/menipu orang.Nak-nak lagi kalau yang melibatkan REZEKI.Giler kau cari rezeki dengan cara penipu/menipu? Tak berkat hidup dowh !!
Sekarang mungkinlah kau terlepas tapi kat AKHIRAT nanti acaner?Aku bukanlah nak doakan yang tak baik tapi mana lebih tak baik??

Semua orang pun nampak cuma mereka-mereka tak bersuara je.
Evenpun aku hanya lah seorang RECEPTIONIST,aku masih punya hak sebab masih berada di kelompok ADMIN...
Tak gune weyh kalau kau kekononnya beriman tapi hidup kau penuh dengan penipuan/menipu.
Tak salah if kite nak betulkan seseorang cuma cara penerimaan seseorang tu je yang kite kene REDHA.
Ye REDHA sebab tak semua orang boleh berpikiran POSITIF !!
Aku sendiri pun selalu je diperbetulkan oleh orang lain.
Aku terima je apa orang nak cakap.
Tapi kalau kau bukan tergolong dalam kelompok yang macam ni KENAPA PERLU KAU TERASA??
Itu PERSOALANNYA............ (",)v



Ihsan Incik Google


SIAPA MAKAN CILI DIA LAH TERASA KEPEDASANNYA........




Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau jauhkanlah manusia berhati keji, yang sanggup menyusahkan orang lain untuk kepentingan sendiri daripada keturunanku.
Amin Ya Rabbul 'Alamin

p/s : Entri yang lama tersimpan.Baru teringat nak publish..kikikikiiiii

Positif atau Negatif ??

Assalammualaikum...

Hye korang !!

Bertemu kembali.Walaupun takde sapa nak baca entry aku2 tetap nak update.Hehehe....Asalkan dapat bercerita.

Okey minggu lepas aku ke Johor.Ada wedding adik ipar kepada kakak ipar aku.Paham tak?Ala kiranya suami kakak ipar aku punya adik la.Kitorang bergerak around 9.30 pagi.Aku tak ingat area mana tapi dekat dengan Tangkak.Actually aku baru first time menjejaki Johor.Tak ada apa-apa yang menarik pun.Maybe sebab aku tak jelajah semua sebab impossible la takde langsung tempat yang menarikkan?Sampai dekat sana around pukul 1 tengah hari.Tertunggu-tunggu jugak kitorang bila nak bersanding lastly kitorang terus gerak balik sebab hari da ujan.Cadangnya nak g mandi dekat Gunung Ledang tapi bukan rezeki kitorang sebabnya cuaca tidak mengizinkan.Hujan yang boleh dikatakan lebat jugak.Finally kitorang g bershopping dekat Tangkak je sebabnya kat Tangkak tak hujan.Dengan berpakaian baju kurung kitorang serbu jela kedai-kedai mana yang berkenan.Aku beli kain pasang untuk family aku.


Incik Google


Tipulah kalau jalan kat Malaysia ni tak ada yang jem kan.Balik tu sepanjang jalan jem tapi jem yang bergerak.Alhamdulillah selamat sampai di KL.Dalam keadaan aku yang tak berapa nak sedap badan dan disepanjang jalan aku tido je.Kesian Incik Suami drive sengsorang.Maafkan saya...
Sesampai dirumah macam biase lah kene masak untuk Incik Suami.Mood baik sangat sebab gambar kahwin sebelah pihak aku da siap tu yang gagahkan diri memasak tu.Kihkihkihh~

Untuk minggu ni pulak akan memenatkan diri untuk ke Sekinchan pulak.Ada kenduri doa selamat + kenduri menyambut bulan pose.Yelah pose tak lama je lagi.Korang da ganti pose ke?Aku tinggal sikit je lagi.Insya allah minggu ni or minggu depan aku akan start ganti pose.Lepas minggu depan ke Sekinchan aku kene pikir lagi untuk perjalanan jauh yang lebih memenatkan evenpun bukan aku yang drive.PENANG......I'M COMING !!!!!! Ni semua gara-gara bapak mertua ku yang tengah asyik nak bercuti sekarang.Kbai *Tepuk Dahi *

Nak tau apa kisah positif atau negatif kene tunggu entry berikutnya.Cekidautttttttttt !!!

Ditipu atau Menipu ??

Assalammualaikum.
Sekadar ingin berkongsi.


Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyinya nyata lebih kurang sama. Apa yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain.Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?


“Siakap senohong, Gelama ikan Duri, Bercakap bohong, lama-lama mencuri.”


 Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang Melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa.Ungkapannya indah, halus bunyinya dan mendalam isinya.Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri penipu, tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam. Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith,
“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)
Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu dan tertipu.Kerana orang yang bergantung harap kepada Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertipu.Kepada Allah segalanya dikembalikan.




Sumber dari Jiwang Tazkirah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...