Assalammualaikum...
Arini masuk ramadhan yang ke 12.Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpuasa biarpun banyak dugaan yang datang.Dugaan yang mungkin tak semua orang akan rasa.Memang perit tapi aku lalui dengan sabar dan tabah dan bertambah kuat dengan adanya sokongan dari family dan suami.
Aku terima semua dugaan yang datang dengan redha.Bagi aku ALLAH masih sayangkan aku dan kerana itulah DIA turunkan dugaan untuk aku.Alhamdulillah....
Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya pulak.Persiapan??
Aku takde persiapkan apa-apa pun.Bukan kerana tahun pertama beraya sebagai suami isteri tapi kerana kebanyakkannya semua sudah tersedia semasa majlis perkahwinan aku.Lagipun aku tengah memikir ni sama ada aku masih boleh memakainya atau pun tidak.Hmmmm tunggu dan lihat aje nanti.
Tentang kerjaya.....tak banyak aku boleh citer tapi yang pasti aku sudah mula bosan dan bosan dengan apa yang aku lakukan sekarang.Bertambah hilang keyakinan aku untuk bekerja bila HR aku meletakkan jawatan.Ohh no !!!!
Tapi itulah yang aku lalui sekarang.Takde tempat untuk aku berkongsi masalah dan mengadu sesuatu seperti dulu.Ya !! Memang ada pengganti 1 ari nanti tapi tetap tak sama.Takpela bukan jodoh kami untuk bersama selamanya.Cuma harap dapat pengganti secepat mungkin sebab nak raya ni nanti tak ada orang nak buat gaji pulak kan.
No comments:
Post a Comment