Kucing Demok Da Mati

Assalammualaikum.

Selamat Pagi.

Kepala aku arini weng...weng sikit.Apesal tah.Semalam lak tak boleh tido.Rasa berdebar-debar and jantung berdegup kencang.Terus rasa tak sedap hati.Banyak kali istighfar.Hmmmm......

Arini masuk opis je aku terus buka Amazing Nara sebab semalam aku ada tengok seekor kucing yang sangat demok.Demok tu mean GEMOK !! Hahaha....tapi sangat comel okey.Berat kucing tu 18kilo woo...Boleh tengok di sini.

Besarkan??


Geram !!


Percaya tak??
Kucing ni kat luar negara.Bukan kat negara kita tapi aku terus ada angan-angan nak kucing aku camni jugak.Masya Allah jangan nak berangan ye.Nama kucing ni Meow.Ehh !! Betul,namanya Meow.Dalam masa 2 tahun je berat Meow mencecah 40 paun iaitu bersamaan 18 kilo.Hebat betol.Apakah makanan yang Meow ni makankan?? *memikir* Berat biasa untuk kucing dewasa adalah 7-12 paun.


Tapi arini aku tengok balik MEOW DA MATI.Dia mati kerana masalah pernafasan.Arghhh kenapa cepat sangat dia mati??Nampaknya Tuhan lebih sayangkan Meow.




Fakta !!
Untuk pengetahuan anda masalah obesiti binatang peliharaan berlaku kerana sikap tuan yang memberi makan kepadanya dalam kadar yang berlebihan dan tidak sepatutnya bukan kerana selera haiwan itu.Ini ialah kerana haiwan peliharaan hanya makan apa yang diberi tuannya.


Secara automatik aku terus ingat kat CHIBI aku.Dia ni sikit-sikit makan.Main sikit pastu makan.Lepas ni aku kene pantau cara pemakanan dia.Kalau gemok sihat takpe jangan gemok tapi sakit.Owh rasa nak balik sekarang je tengok CHIBI.




p/s : Apalah yang dia tengah buat sekarang kat rumah sengsorang tu??Hmmmmm...... *mikir sambil tongkat dagu*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...