Semakin Mengantuk !!!

Assalammualaikum.

Semenjak daftar TONTON.COM bukan main kusyuk lagi aku melayan citer korean.
Minggu lepas sebok layan citer BONDA lakonan EIRA SYAZIRA.Memang terbaik sangatlah lakonan dia.
Adeh !! Anyway preparation for 14 days ago hmmm rasanya tinggal simple-simple je kot.
Dapat lebihan cat dari abg sepupu aku.Kaler apa?Rahsia..haha !!
Ingat nak biarkan je dengan kaler cat yang sekarang... * kene pikir berkali-kali *
Ada dua cat.So insya allah arini or sabtu aku akan mula mengecat if rasa nak cat lah sebab ari ahad adalah ari yang dinanti-nantikan.Lalalallaa *shuffle-shuffle*

Sekarang ni balik rumah je aku akan pandang semua sudut rumah sambil memikirkan yang itu nak letak mana,yang ini nak letak mana,yang ini simpan,yang ini buang..ehh buang??
Nak buang apalah tu *memikir*.Semenjak bilik utama da dikosongkan,bukan main lagi si Chibi aku tu
dok bermain berkejaran bagaikan di tepi pantai.Bila aku tutup pintu bilik tu terus dia memberontak.
Mak aiii pandai benor kucing aku ni.Aku tak tahulah after bilik tu dah dipenuhi perabot akan jadi apa lak
kat dia.Kesian.Mesti dia akan murung sebab dah tak ada ruang untuk dia bermainkan.
Hmmm Maafkan saya itu bilik saya. :(

So petang ni aku akan pegi Fitting baju untuk belah laki.After tat pegi care4 beli makanan si Chibi.
Malam lak nak send kad untuk geng-geng yang lain lak.
Aku hanya ada masa nak send kat kad waktu weekends je. :(
Ari lain da sebok dengan keje and Incik Tunang pun balik lambat sebab o.t sampai malam.
Ingat weekends ni aku nak kemas rumah simpan barang-barang yang patut dan tak patut.Aku rasa seminggu lagi nak kahwin aku nak rest xnak kemas-kemas lagi.Boleh tak??

Sekarang ni lak aku asyik rasa cepat je mengantuk.Agaknya penangan makan vitamin kot.Memang aku kene teruskan makan until my big day kalau tak pengsanlah aku nanti.
So far aku rasa setakat ni je kot persiapan aku menjelang 14 hari.
Selebihnya aku akan update later n laterlah.
*sebenarnya nak sambung citer korean*




p/s : Ahad yang dinanti-nantikan bakal tiba.2 hari saja lagi....yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaay!!!!




2 comments:

  1. awa pun skrg sibuk layan cerita korea kat umh tk dpt tengok kerna berkeja..tak sabar nk gi mjli dia mesti meletop lgi2 klu si tasha mekup ^+^

    ReplyDelete
  2. hahahha sama kan awa...su pun sama layan korean.Chumel la dowg2 semua,suke tgk.Hishh su simple je awa >.<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...