Bam Bamnye !!! (I am Maru 4)


Giler comel kot aku tengok meow ni.
Geram !!
Tembam !!
Aku nak ajar meow aku la jadi macam ni.
Hahaha giler perasan..


Nama saya MARU !!!
Selamat Berkenalan... ;)




10 Hari Lagi.......

Assalammualaikum.
Sekarang da mula penat sebab terpaksa berkejaran ke sana sini.
Cerita untuk 10 hari lagi rasanya tak banyak tapi adalah serba sedikit yang boleh dikongsikan.


First...
Alhamdulillah baju nikah dan baju-baju yang lain dah siap.
So aku dengan Incik Tunang da pegi amek da pun.
Alhamdulillah yang kedua adalah baju tu MUAT dan tak ketat sangat.
Tapi aku akan cuba lagi 2 hari sebelum menjelang majlis akad nikah sebab takut ada yang mula ketat lak.
Baju nikah untuk lelaki memang Incik Tunang tak perlu nak risau pape.
Lelaki normal lah baju sentiasa muat.So baju nikah kami dan baju yang lain dah bersiap sedia untuk ke dobi.
Antar dobi semata-mata nak plastik.Boleh tak?
Yelah nanti baju digantung bersama-sama dengan plastik so baju akan jadi cantiklah evenpun dah lama.
* wink *


Second...
Alhamdulillah yang ketiga pulak ialah set katil pun da sampai minggu lepas.
Syukur aku memang suka dengan designnya.
Design lebih kurang sama dengan aku.
SIMPLE !!
Lama jugak nak tunggu orang tu pasang semua sebab ia datang satu persatu.
Ada satu adegan yang aku tak boleh lupa bila orang tukang pasang perabut tu mintak air.
Opss bukan aku taknak bagi tapi aku terlupa nak sediakan air untuk dorang.
Terlebih excited la tu. * mata ke atas *
Gila kejam !!!
Aku bagi air kosong dulu then baru aku buat air manis untuk dorang.
Sori guys,saya bukan taknak bagi tapi saya betul-betul terlupa.


Third...
Malam tu aku pun dok kemas-kemaslah segala baju-baju aku yang kat almari lama untuk pindahkan ke almari baru.Kesian si Chibi,da berapa ari tak layan dia sangat.
Nak-nak lagi dalam bilik da ada perabut buat dia rasa tacing je.Sori Chibi..
Dengan gangguan dari si Chibi,dekat 2 pagi baru siap mengemas tapi belum pindahkan lagi.
Tak tahan mata dah mengantok sangat + badan letih sebab dah 1 ari berjalan.
Tetiba aku terpikir tau masa aku ngemas baju tu.
Sayanglah nak guna almari baru.
Opss...!!! Gedik...


Fourth...
Ari ahad lepas lak aku kuar dengan sue muncet dan Incik Tunang pegi Sunway Pyramid.
Tujuan nak pegi sebab nak beli kasut dan sedikit barang yang diperlukan lagi.
So aku berjaya membeli kasut yang aku idamkan cuma takdelah berjenama.
Janji keselesaan aku.Incik Tunang pun grab 1 pasang kasut jugak.
Banyak jugaklah barang yang dibeli di saat-saat akhir persiapan sebelum menjelang hari besar.
Malam tu pulak kitorang ada buat Meeting bersama keluarga + sepupu.
Meeting ni dilakukan untuk bagitahu pada semua apa yang harus dilakukan dan segala agenda yang akan dilakukan untuk 3hari tersebut.
Selesai majlis pun da dekat pukul12.
Biaselahkan kalau da berkumpul ramai-ramai ni macam-macamlah nak dibincangkan dan dibentangkan.
* wah ayat !! *.


Dan yang terakhir sekarang ni aku tengok sebok menyiapkan GUESTBOOK untuk majlis aku dan Incik Tunang.Nasib baiklah ada pembantu namanya sue muncet.Dia ni adik aku.
Alhamdulillah dia sudi membantu.Terima kasih dari aku.
Tak sempat pun nak siapkan semalam so sambung arini.
Insya ALLAH sempat siap before the date.


Pesanan penaja :
Bagi semua yang hadirkan diri silalah rajinkan tangan untuk mencontengkan ucapan ke GUESTBOOK aku yang tak seberapa tu nanti.TQ~




p/s : Harap semua akan berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang,Sekali seumur hidup harap semua berpuas hati hendaknya.Amin







Semakin Mengantuk !!!

Assalammualaikum.

Semenjak daftar TONTON.COM bukan main kusyuk lagi aku melayan citer korean.
Minggu lepas sebok layan citer BONDA lakonan EIRA SYAZIRA.Memang terbaik sangatlah lakonan dia.
Adeh !! Anyway preparation for 14 days ago hmmm rasanya tinggal simple-simple je kot.
Dapat lebihan cat dari abg sepupu aku.Kaler apa?Rahsia..haha !!
Ingat nak biarkan je dengan kaler cat yang sekarang... * kene pikir berkali-kali *
Ada dua cat.So insya allah arini or sabtu aku akan mula mengecat if rasa nak cat lah sebab ari ahad adalah ari yang dinanti-nantikan.Lalalallaa *shuffle-shuffle*

Sekarang ni balik rumah je aku akan pandang semua sudut rumah sambil memikirkan yang itu nak letak mana,yang ini nak letak mana,yang ini simpan,yang ini buang..ehh buang??
Nak buang apalah tu *memikir*.Semenjak bilik utama da dikosongkan,bukan main lagi si Chibi aku tu
dok bermain berkejaran bagaikan di tepi pantai.Bila aku tutup pintu bilik tu terus dia memberontak.
Mak aiii pandai benor kucing aku ni.Aku tak tahulah after bilik tu dah dipenuhi perabot akan jadi apa lak
kat dia.Kesian.Mesti dia akan murung sebab dah tak ada ruang untuk dia bermainkan.
Hmmm Maafkan saya itu bilik saya. :(

So petang ni aku akan pegi Fitting baju untuk belah laki.After tat pegi care4 beli makanan si Chibi.
Malam lak nak send kad untuk geng-geng yang lain lak.
Aku hanya ada masa nak send kat kad waktu weekends je. :(
Ari lain da sebok dengan keje and Incik Tunang pun balik lambat sebab o.t sampai malam.
Ingat weekends ni aku nak kemas rumah simpan barang-barang yang patut dan tak patut.Aku rasa seminggu lagi nak kahwin aku nak rest xnak kemas-kemas lagi.Boleh tak??

Sekarang ni lak aku asyik rasa cepat je mengantuk.Agaknya penangan makan vitamin kot.Memang aku kene teruskan makan until my big day kalau tak pengsanlah aku nanti.
So far aku rasa setakat ni je kot persiapan aku menjelang 14 hari.
Selebihnya aku akan update later n laterlah.
*sebenarnya nak sambung citer korean*




p/s : Ahad yang dinanti-nantikan bakal tiba.2 hari saja lagi....yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaay!!!!




Lepas Rindu....Kautim !!!

Mania dah pun melaburkan tirai so after tiz mesti rindu nak tengok Hazama perform.
So nasib baiklah teringat nak download video-video masa Hazama perform kat Mania.
Bolehlah nak lepas-lepas rindu.Ececehh !!
Walaupun Hazama tak menang tapi bagi aku dia da tunjukkan siapa diri dia sekarang.
Good Luck for u Hazama !!!
Jom layan lagu jom.....



Minggu ke-3


Minggu ke-4


Minggu ke-5


Minggu ke-6


 Minggu ke-7


Minggu ke-8



Minggu ke-9


Minggu Akhir


Aril - Kembali Senyum


Kalau aku mungkin aku tak sekuat Aril.
Al-Fatihah buat arwah Izwan Pilus.

22 Hari Lagi

Assalammualaikum semua.

Apa bikin?

Harap semua sihat.Aku??Tak tahulah kenapa semenjak-semenjak ni kerap lak sakit kepala aku datang.Sampai berpeluh-peluh.Mungkin sebab perubahan cuaca.Janganlah time sanding nanti dia buat hal lagi dan mungkin jugak sebab banyak fikir tapi aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan.

Btw,syukur Alhamdulillah cuti aku sudah di approved.Memula risau jugak tak dapat sebab aku recep sorang je.Finally diterima tapi back dari bercuti kompomlah meja aku bersepah dengan surat-surat.Biaselah recepkan.Takpelah yang penting majlis aku selesai dan yang lain tu tolak tepi dulu la.

Persiapan aku setakat ni dah 70% siap kot.Tinggal barang-barang doorgift je.Insya allah akan selesai hari ke hari nanti.Hari tu aku ada entry pasal CheckList so boleh double check balik kat entry tu.Sekarang ni checklist yang terbaru untuk tempoh 22 hari lagi.Ada sedikit penambahan.Jom CheckList !!!!



Baju Resepsi Belah Perempuan ( / )
Baju Resepsi Belah Lelaki ( / )
Baju Malam Berinai ( / )
Baju Potong Kek ( / )
Baju Persalinan ( / )
Pelamin Belah Perempuan ( / )
Pelamin Belah Lelaki ( / )
GuestBook
Doorgift ( majoriti sabtu baru received)
Khemah + Catering + Dj ( / )
Kursus Kahwin ( / )
Hiv Test ( / )
Borang Nikah ( / )
Kad Kahwin ( / )
Photographer ( / )
Kasut Lelaki
Inai ( / )
Langsir ( / )
Set Bilik Tidur
Baju Nikah (kat taylor,ujung bulan baru collect)



Okey setakat 22 hari lagi ni hanya kat atas tu je yang da settel.Takpe slow-slow kayuh.Insya allah semua akan selesai satu persatu sebelum my big day.Sekarang ni lak aku memang sebok ke hulur hilir hantar kad kat kengkawan semua.Tinggal nak pos je maybe minggu depan kot.Keje 5 hari seminggu pun tak cukup nak ke hulur hilir.Mana taknya da kalau Incik Tunang sekarang sebok bekerja sampai malam. * tepuk dahi *

Jumpa next entri ye korang <3




p/s : Auto-post entri yang ini.Sekarang aku tengah sebok ke hulur hilir ni.Kikikikiiii

Testing...Testing....


Aksi 4





Apakah yang anda rasa dengan gambar di atas??
Aku??
Aku rasa nak shut je....GERAM !!!


Susahnya Nak Melipat Kain

Macam mana
aku nak
lipat kain
sekarang
kalau
keadaannya
seperti
di bawah
ini....??




Aksi 3




Renung-renungkanlah....

Selesai Fitting....Alhamdulillah

Assalammualaikum.

Weekends yg memenatkan.Fuhh *lap peluh*

Nak kongsi pasal weekends.Memang penat dan penat.Itu je aku boleh cakap.FULLSTOP !!!


- Sabtu singgah Butik Andaman.Fitting baju untuk bersanding.Fitting koboi je sebab amek masa setengah jam je.Actually nak pegi bayar je tapi Kak Nana kat butik tu suruh try saje-saje.So try jela.Not bad cuma ketat cket and Kak Nana dah longgarkan pun.Terima Kasih Kak Nana. :)


- Sabtu malam pulak pegi anta kad pada kengkawan aku dan kengkawan Incik Tunang.Sorang dari kawan Incik Tunang nak balik Perak so pas kad kat dia untuk wakilkan bagi kat kengkawan Perak.


- Ahad tengah hari pegi Butik Andam tu lagi.Kali ni dengan My Mom and adik aku.Kali ni jugak kitorang test semua baju cuma baju persalinan 3 helai and baju sanding belah laki je tak try.Baju persalinan tu tak payah try and baju sanding belah laki lak tak ada.What...TAK ADA?? Hehehe bukan tak ada tapi baju tu keluar.Ada majlis yang pakai baju tu.So by tiz week baru pegi try that baju sanding belah laki.After balik dari fitting baju terus aku pegi Sunway Pyramid dengan adik aku.Cari buku + sampul surat tapi sambil-sambil aku da sampai ke Sunway Pyramid tu teruslah aku bagi kad kahwin aku pada kengkawan Jusco aku.I MISSH JUSCO !!!!!!!!!!!!


Alhamdulillah rezeki memihak pada kitorang.Kitorang dapat 2 baju baru.Syukur Alhamdulillah....amin.Satu baju persalinan yang baru + Satu baju potong kek yang baru.Syukur Alhamdulillah.Memang suke giler aku dengan baju potong kek tu.AWESOME !!!!!!!!!!!!!!!!




p/s : Alhamdulillah....syukur atas apa yang Allah berikan.Alhamdulillah.....Alhamdulillah.....Alhamdulillah.
amin

Bakal Pengantin Perempuan

Assalammualaikum.

Selamat hari Jumaat semua. *yeayy esok weekends*

Saje nak share dengan korang yang TERBACA entri aku.Entri untuk bakal pengantin perempuan dan mungkin juga bole dijadikan sebagai rutin bulanan kita.So jom kita check apa yang perlu.


a)  Sebulan sebelum bernikah mula membelek diri,muka,buat facial dan rawatan wajah.

b)  2 minggu sebelum bernikah mula pakai lulur atau mandi sauna.Tujuannya untuk buang kerak dan daki yang ada.

c)  1 minggu sebelum bernikah buat mandi susu untuk lembutkan kulit.

d)  3 hari sebelum bernikah buat urutan badan.

e)  Beli sedikit keperluan bersolek dan minyak wangi.

f)  Beli cadar pengantin yang cantik dan lembut.Jadikan kamar pengantin seperti syurga.

g)  Ada wangian terapi atau aromaterapi.
*Pasti beli sebab aku suka rumah wangi*





p/s : Hope dapatlah membantu sedikit sebanyak.Aku?? Maybe akan buat dan maybe tak.Heeee~

Beraksi Lagi

Dia memang suka main plastic walaupun dia takut bunyi plastik..Ehh !!
Kalau korang ada plastic bagi je kat dia okey...
:)


Aksi 2

Si Chibi Beraksi

Assalammualaikum..
Ini haiwan peliharaan aku.
Geli??
Tak payah nak geli sangatlah kan...
Haiwan kesayangan Nabi kita ni.


Nama : Chibi

Umur : 4 bulan ++

Jantina : Betina

Kegemaran : Suka buat aksi tapi bukan aksi terlampau.


Aksi 1

Kucing Demok Da Mati

Assalammualaikum.

Selamat Pagi.

Kepala aku arini weng...weng sikit.Apesal tah.Semalam lak tak boleh tido.Rasa berdebar-debar and jantung berdegup kencang.Terus rasa tak sedap hati.Banyak kali istighfar.Hmmmm......

Arini masuk opis je aku terus buka Amazing Nara sebab semalam aku ada tengok seekor kucing yang sangat demok.Demok tu mean GEMOK !! Hahaha....tapi sangat comel okey.Berat kucing tu 18kilo woo...Boleh tengok di sini.

Besarkan??


Geram !!


Percaya tak??
Kucing ni kat luar negara.Bukan kat negara kita tapi aku terus ada angan-angan nak kucing aku camni jugak.Masya Allah jangan nak berangan ye.Nama kucing ni Meow.Ehh !! Betul,namanya Meow.Dalam masa 2 tahun je berat Meow mencecah 40 paun iaitu bersamaan 18 kilo.Hebat betol.Apakah makanan yang Meow ni makankan?? *memikir* Berat biasa untuk kucing dewasa adalah 7-12 paun.


Tapi arini aku tengok balik MEOW DA MATI.Dia mati kerana masalah pernafasan.Arghhh kenapa cepat sangat dia mati??Nampaknya Tuhan lebih sayangkan Meow.




Fakta !!
Untuk pengetahuan anda masalah obesiti binatang peliharaan berlaku kerana sikap tuan yang memberi makan kepadanya dalam kadar yang berlebihan dan tidak sepatutnya bukan kerana selera haiwan itu.Ini ialah kerana haiwan peliharaan hanya makan apa yang diberi tuannya.


Secara automatik aku terus ingat kat CHIBI aku.Dia ni sikit-sikit makan.Main sikit pastu makan.Lepas ni aku kene pantau cara pemakanan dia.Kalau gemok sihat takpe jangan gemok tapi sakit.Owh rasa nak balik sekarang je tengok CHIBI.




p/s : Apalah yang dia tengah buat sekarang kat rumah sengsorang tu??Hmmmmm...... *mikir sambil tongkat dagu*

Selamat Pengantin Baru buat AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA......SCHAWAL.....

Sekarang ni kat mana-mana mesti ada dengar cerita pasal perkahwinan selebriti yang baru-baru ni.Siapa lagikan kalau bukan AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA aka SCHAWAL.Perkahwinan yang memang aku nanti-nantikan sangat.Korang tak nantikan itu korang punya pasal sebab korang tak minat.Aku??Aku minat giler kot kat dorang ni tapi takdelah taksub bagaikan orang gila sangat.

Biodata Scha Al Yahya
NAMA: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya
USIA: 29 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
TEMPAT LAHIR: Sungai Petani, Kedah
TINGGI: 5 kaki 7 inci
BERAT: 50 kg
IKLAN: Hotlink, Nokia, Olay
FILEM: Antoofighter, Histeria, Papadom
DRAMA: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella, Awan Dania dan banyak lagi..
MUZIK KEGEMARAN: Yang rancak
MINUMAN KEGEMARAN: Jus Tembikai
WARNA PILIHAN: Putih
ARTIS KEGEMARAN: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
TEMPAT KEGEMARAN: Club Med, Cherating
IDOLA: Tun Dr Mahathir
TABIAT BURUK: Terlalu banyak berfikir
GELARAN: Juara Dewi Remaja 2006







Biodata Awal Ashaari
NAMA: Ahmad Awaluddin Ashaari
PANGGILAN: Awal
TARIKH LAHIR: 6 Ogos 1981
USIA: 31 tahun
KERJAYA: Pelakon, pengacara & model
TINGGI: 1.8 meter
BERAT: 70 kg
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Filem dan Televisyen, Universiti Lim Kok
Wing dan Curtin University serta Diploma Media dan Komunikasi dari Universiti
Teknologi Mara (UiTM).
PENGALAMAN: Hos Beat TV, Teh Tarik & Cabaran Tariking F&N 2006, Sensasi, One In A Million, Sehati Berdansa.
FILEM: Diva, Diva Popular, Impak Maksima, Malaikat Maut, Apa Kata Hati, I’m Not Single dan Syurga Cinta.
DRAMA: Cinta Medik, Impak Maksima The Series & A Time For Us (usaha sama Malaysia - Filipina)



Setelah 3 tahun menjalinkan cinta akhirnya mereka sepakat untuk melangkah ke alam yang seterusnya.Saksikan Awal Lamar Scha dalam Propaganza dan akhirnya pasangan ini selamat dinikahkan pada malam 4 Mei 2012.Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus. Pernikahan di jam 9.15 malam itu telah berlansung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Mas kahwin bernilai RM2,050.00 telah diberi Awal kepada Scha.Jom kita layan gambar-gambar kahwin dorang.




 





Actually banyak lagi gambar-gambar kahwin dorang ni tapi takkanlah aku nak masukkan semua lak kan.So aku kongsi yang mane aku suka jelah.Selebihnya korang bole tengok kat Abang Nara, Abang Budiey, Oh Bulan dan macam-macam lagi blog untuk artis.Google lah kalau nak cari.Apa-apa pun Semoga Berbahagia hingga ke akhir dunia buat Awal dan Scha.Semoga tabah menempuh alam berumahtangga.


p/s : Sumber dari Mr Google.




Selamat Tinggal Pada Kad Kahwin

Assalammualaikum.

Selamat hari Isnin.

Hari yang sejuk sebab hujan dari pukul 2 pagi sampailah ke pukul 9 pagi tadi.
Ujan yang sangat lebat,tido pun tak lena.



So dalam dua hari semalam memang bz settelkan kad kahwin.Conteng-conteng sikit + beli sampul.
Tak sangka banyak lebih kad kahwin yang pihak Grazine bagi.So misi menghabiskan duit kat Jusco ler apalagi.Alhamdulillah ada sampulnya.Adik aku g cari.So hal sampul da settel.


Separuh kad kahwin dah bertukar tangan.Say bubye pada kad kahwin aku.Hhuhuhu...Tiz week pun aku dengan Incik Tunang nak g merayau-rayau send kad kahwin.Kalau dulu bila masuk weekends je mesti tak sabar-sabar tapi sekrang kalau boleh tak nak masuk weekends.Makin lama makin dekat da.First kenduri macam-macam perasaan ada dalam kepala aku.Tapi takpelah hope semua okey cukuplah.Insya Allah....Mudah-mudahan...Amin.


Setengah aku pos je sebab jauh.Takpelah korban 60sen.Start minggu depan bermulalah operasi mengePOS kad kahwin.Erkk !!





p/s : Al-Fatihah buat sedara aku semalam.Semoga arwah tenang disisi maha penciptanya.Amin

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN ~ BOB KUMAN ~


Assalammualaikum.


Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.


INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN.

SEMOGA ROH ARWAH BOB KUMAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.AL-FATIHAH..AMIN




SUMBER : blog Mazidul

Baju Kahwin Dah Siap....auwww !!!

Assalammualaikum..

Setelah bercuti semalam hari ini kelaut mood aku. *hampeh*

Setelah berhempas pulas settelkan hal-hal kahwin,hari ini aku dapat coll from Butik.Auww baju kahwin untuk majlis belah aku sudah siap.Whattttt?????Terus aku tengok kalendar.Mak aii sebulan lagi rupanya.Heeee~

*joget shuffle*

Gile tak excited weyh.Evenpun baju tu request by my mom tapi hati aku berbunga-bunga bila dapat tau da siap.Macam mana lah agaknya bila songket dijadikan kebaya.Ala actually takde beza pun kot kan.Hmmmm *memikir*

So fitting baju,hari bergantung pada keselesaan kitorang.Kene tunggu kitorang betul-betul free dulu sebab tak nak rushing alih-alih apa pun tak dapat.So juz relax jela.














Tak tahulah rupanya macam mana janji masa sanding pakai baju cukuplah.Bagi aku cukuplah sekadar majlis aku berjalan dengan jayanya.Yang penting HALAL.Insya ALLAH.




p/s : Duitnya pun banyaklah keluar *pengsan*

Happy Belated Befday to MY MUM !!!!!!

" ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN ZALILA BINTI MOHAMED...
ALLAH SELAMATKAN KAMU........................ "


By the way 27 APRIL yang lepas adalah hari kelahiran Mak aku.Disebabkan aku tengah bercuti untuk settelkan borang kahwin aku,aku sempat coll Mak aku je.Wish dalam phone aje.


- Semoga mak panjang umur
- Semoga Mak dimurahkan rezeki
- Semoga Mak bahagia dengan keEmpat-Empat anak-anak Mak yang sangat nakal + cun *muntah*
- Semoga Mak dirahmati ALLAH SWT didunia dan diakhirat...amin


Okey ini aje entry untuk arini.




p/s : Baru tau anniversary perkahwinan Mak & Arwah Abah - 10/4/1983 -    :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...