Selesai Setengah Fasa

Assalammualaikum semua.
Sihat ke?
Harap semua sihat-sihat belaka ye.
Rasa macam da lama tak update blog.
Mana taknya PC buat hal lak.
Tak tahu la nak mintak apa tetiba tak boleh nak on langsung.
So arini da siap dibaiki.
Alhamdulillah.

Arini aku nak kongsi pasal persiapan perkahwinan aku.Takda yang menarik pun.Alhamdulillah semakin dekat semakin banyak dipermudahkan.Lega rasa hati bila semua selesai sedikit demi sedikit.
Minggu lepas baru je pegi tempah baju nikah + baju family.Before that pegi tempah kad kahwin sama kawasan dengan tempat tempah baju.Berbincang punya berbincang dapatlah apa yang kitorang nak.Lega dan syukur.So mungkin hujung bulan ni kad akan siap.So pada yang nak kad sila tinggalkan alamat. *perasanadaorangnak*

Apa yang aku maksudkan dengan setengah fasa tu sebenarnya pasal borang nikah.
Alhamdulillah belah lelaki dan selesai tandatangan.Now turn aku pulak.
Incik Tunang pun sebenarnya dah naik malas nak jumpa Ustaz tu tapi finally dapat jugak ditandatangani oleh Ustaz tu.Yelah mana taknya memula dulu kata terlalu awal kami send borang kat dia + ada yang tak lengkap semua *fotostatjeyangtaklengkap* So beria-ia lah aku fotostat segala-galanya supaya malas nak buat berkali-kali kerja dan akhirnya Ustaz tu tak tengok pun semua yang dia pernah mintak masa memula. *sedih* Tapi ada eloknya Ustaz tu buat macam tu supaya kita prepare semuanyakan.
So Incik Tunang dah mula tersenyum sebab borang dia semua da settel.Aku?Macam-macam perasaan ada sekarang ni. *rasanakpengsan* Mana taknya aku punya wali nun jauh kat Terengganu,saksi aku sorang da pindah ke Banting katanya dan sorang lagi tak sure free ke tak on the date aku nak send borang aku ni ha.
Actually aku nak bergerak Sabtu ni untuk dapatkan tandatangan belah aku.
Insya Allah semoga semuanya dipermudahkan.
Nanti aku akan update lagi ye kengkawan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...