Aiskrim Susu Kambing Mado


Hoyehhhhh bestnye kalau dapat makan aiskrim bila di waktu panas-panas cenggini + dapat makan waktu malam sambil tengok tv.Walawey !!!! Memang terbaiklah tapi apakan daya setakat ni dapat menikmati mata melalui screen komputer di opis.Uwawaaaa !!!

" Kuala Lumpur,Bukit Bintang : Apa kata anda mencuba aiskrim terbaharu berasaskan susu kambing yang dibawa khas dari Turki di Mado untuk menyegarkan tekak akibat cuaca panas.Ketua Pegawai Eksekutif Yasar FC Sdn. Bhd.,Yasar Kanbur berkata keistimewaan Mado ialah rasanya yang enak malah menyihatkan kerana ia menggunakan susu kambing berkualiti tinggi yang dicampur dengan saleb.Saleb ialah ekstrak sejenis spesies orkid yang ditemui di rantau Marash di Turki."Gabungan kedua-dua bahan utama ini menghasilkan rasa aiskrim yang enak dan tidak mudah cair seperti kebanyakan airkrim walaupun berada di bawah cuaca yang panas.Mereka yang menikmati aiskrim Mado pasti akan berpuas hati dengan rasanya yang enak tanpa bau kambing kerana ia melalui proses pembuatan yang ketat," katanya.Selain aiskrim dalam pelbagai perisa,Mado turut menyajikan pelbagai jenis pastri dan pencuci mulut termasuk kopi terbaik Italian Filicori dan pelbagai jenis minuman asli Turki.Terdapat 36 perisa aiskrim ditawarkan di kafe ini dan orang ramai boleh mendapatkannya pada harga serendah RM8."


Jadi apa lagi korang-korangs semua jomlah kita try tengok rasa aiskrim ni.Terbaik ke tidak.Kalau tak silap aku aiskrim ni lah yang MIA SARA makan dalam cerita SEKALI LAGI CINTA.Tak nak cerita banyak jom kita serbu Bukit Bintang. *shuffle*




Sumber from Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...