Entri Sedih

Sori to say la kalau entri ni agak lambat disampaikan.
Ini semua berkat kerja yang menimbun 2 minggu lepas.
Tapi syukur da siap dan bole back to blogger *tariknafaslega*

Dunia telah digemparkan dengan kematian WHITNEY HOUSTON baru-baru ni.Penyanyi yang popular dengan lagu '' THE GREATEST LOVE OF ALL'' telah ditemui mati di dalam biliknya di sebuah hotel.Punca kematian beliau masih lagi giat disiasat..

Ihsan Mr G


Selepas kematian WHITNEY HOUSTON,rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan berita pemergian belangkasuka LATIF IBRAHIM pada Isnin 20/2/2012.Arwah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.Arwah meninggal di Institut Jantung Negara (IJN).Selain menyanyi arwah juga aktif berlakon dan  filem terakhir arwah ialah 4 MADU.
Ihsan Mr G


Dan arini kite semua dikejutkan pula dengan pemergian anak kepada seorang penyanyi kumpulan.Anak yang dimaksudkan adalah anak kepada AMER UKAYS iaitu MOHAMMAD IMRAN.Arwah mengalami komplikasi jantung semenjak lahir dan kerap berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan.Arwah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Gleneagles,Ampang.

Ihsan Mr G
Salam Takziah buat mereka sekeluarga dan AL-FATIHAH buat ARWAH LATIF IBRAHIM dan ADIK MOHAMMAD IMRAN yang telah pulang ke rahmatullah.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.AL-FATIHAH..
Buat WHITNEY HOUSTON.....R.I.P~ Will miss your song n voice...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...