[OFFICIAL] Begini Caranya - Shaheizy Sam feat. Yana Samsudin


Serius BEST !!!

Arghhhh Tidak !!!!!!


Another 4 months !!!
OMG !!




Tengok kucing pun terkejut apatah lagi manusia seperti aku.
Sempat ke tak ni??

Dapat ke tak ni??

Okey ke tak ni??

Kompom ke tak ni??


Semua benda berlegar-legar riang bagaikan burung berkicau di kepalaku.




Dengan IzinNYA mudah-mudahan semua dipermudahkan hendaknya.
Dengan IzinNYA juga semoga semuanya diberkati.
Insya ALLAH..
Amin...




Istighfar - Akhil Hayy


PATAH SERIBU - MOVIE TRAILER 2


Lisa Surihani SAH milik YUSRY

Alhamdulillah syukur...
Dengan sekali lafaz LISA SURIHANI SAH MENJADI MILIK YUSRY.
Lisa Surihani kini sah menjadi ISTERI kepada Yusry.
Diijabkabulkan sendiri oleh abang kepada Lisa Surihani dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang di Ballroom Marriot Hotel PutraJaya jam 9.00malam malam tadi.
Majlis pernikahan mereka bertemakan WINTER GARDEN.Seutas RANTAI PLATINUM dijadikan sebagai mak kahwin.




Selamat Pengantin Baru buat Lisa Surihani & Yusry....
Semoga berkekalan hingga akhir dunia...
Amin...

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem



Trailer Adnan Sempit 2

           
                       

Wayang untuk minggu ni....
TERUJA NAK TENGOK !!!!!!!!!!!!!!!!!
Jomlah beramai-ramai kite merempit di wayang....
vvvvrrrrroooooommmm...vvvvrrrroooooooommmmmmmmmm !!!!

Entri Sedih

Sori to say la kalau entri ni agak lambat disampaikan.
Ini semua berkat kerja yang menimbun 2 minggu lepas.
Tapi syukur da siap dan bole back to blogger *tariknafaslega*

Dunia telah digemparkan dengan kematian WHITNEY HOUSTON baru-baru ni.Penyanyi yang popular dengan lagu '' THE GREATEST LOVE OF ALL'' telah ditemui mati di dalam biliknya di sebuah hotel.Punca kematian beliau masih lagi giat disiasat..

Ihsan Mr G


Selepas kematian WHITNEY HOUSTON,rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan berita pemergian belangkasuka LATIF IBRAHIM pada Isnin 20/2/2012.Arwah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.Arwah meninggal di Institut Jantung Negara (IJN).Selain menyanyi arwah juga aktif berlakon dan  filem terakhir arwah ialah 4 MADU.
Ihsan Mr G


Dan arini kite semua dikejutkan pula dengan pemergian anak kepada seorang penyanyi kumpulan.Anak yang dimaksudkan adalah anak kepada AMER UKAYS iaitu MOHAMMAD IMRAN.Arwah mengalami komplikasi jantung semenjak lahir dan kerap berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan.Arwah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Gleneagles,Ampang.

Ihsan Mr G
Salam Takziah buat mereka sekeluarga dan AL-FATIHAH buat ARWAH LATIF IBRAHIM dan ADIK MOHAMMAD IMRAN yang telah pulang ke rahmatullah.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.AL-FATIHAH..
Buat WHITNEY HOUSTON.....R.I.P~ Will miss your song n voice...

Borang Kahwin Selangor

Lain yang dicari lain lak yang dapat.
Adehh *tepukdahi*
Tapi apa yang dapat ni pun sebenarnya berguna jugak.
Bagi semua pemohon yang ingin mendirikan rumahtangga yang takde masa nak ke
PEJABAT AGAMA boleh download borang disini :-






Sharing is caring kan *BIGHUGS*
So harap sedikit sebanyak dapat membantu korang semua.
Selamat mendirikan rumahtangga ye...

Serius Bengang

Grrrrrr !!!
Bengang !!!
Geram !!!
Rasa macam nak hempuk je pc aku ni.Bole pulak pepagi ni nak buat hal.
Plissshhhh laaa aku nak cepat....
Tolonglah back to normal !!!

Saya Pening !!!

Do u know why??

Macam mane ni??

Kat mane nak amek ni??

Haishh pening-pening.On Friday aritu member g Pejabat Agama tapi malangnya borang
da kehabisan. *pulak* Macam pelikkan tapi itulah hakikatnya.
So tanpa melengahkan masa aku p la tengok laman web JAIS.

Ohh my GOD !!!
Sekarang JAIS da buat PERMOHONAN MELALUI ONLINE.Adehh *tepukdahi*
Kenapa time aku lak nak kahwin jadi macam ni??
Dugaannnnnn.....
Firstly Pejabat Agama kata kene amek borang tu kat Imam Kawasan
then da p tanya Imam Kawasan dowang kata kene download kat intenet lak.
Migrain terus aku. *pengsan*
Sudahnya aku pon tak tahu kat mana nak amek da.
Nak isi secara online memang tak lah sebab nak kene isi saksi semua tapi kalau da takde cara lain nampaknya aku kene isi jugak melalui online.
Baru tau susahnya nak kahwin tu macam mana...hahahha *gelakjahat*
Tapi walau macam mana pun misi harus diteruskan..
Chaiyokk...chaiyokkk sue !!!


Encik Tunang dapat BR1M

Kali ni entry aku sangat DENGKI + JELES !!!

Kenapa??

Jawapan aku kat tajuk atas...!!!



Ihsan Mr G


kBai !!!!

HIV TEST !!

Assalammualaikum....
Jumpa lagi setelah sekian lama menyepikan diri.
Bukan apa pun sebuk sikit kebelakangan ni.
Tak pernah-pernah rasa sebuk finally amek ko !! *gelakjahat*

Ehh lupe lak nak kongsi,ari jumaat yang lepas aku pegi test HIV.Alhamdulillah fasa pertama settel.Punyelah berdegup-degup jantung aku weyh. *dagdigdug* macam dangdut lak.Ari jumaat tu appoitment pukul 2.45petang tapi kitorang sampai dalam pukul 2.20petang so aku terus jela pegi kaunter amek nombor and settelkan pape yang perlu.Nasib memang menyebelahi kitorang sebab kitorang adalah orang pertama. *bangga* Nak kahwin punye pasal memang semangat la.Actually sebenarnya cepat settel lagi baguskan sebab nanti takde la rasa kelam kabut sangat.Lagipun aku jenis suka awal dan paling tak suka lambat-lambat.So sementara nak tunggu turn kitowang,kene isi borang-borang semua dulu.Da siap send kat kaunter dan tunggu giliran.Aku buat kat klinik kerajaan Kelana Jaya.Bayar RM1.00 semua akan settel.Insya ALLAH.Ala jangan risau sebab tak sakit pun.Peace~

Ihsan Mr G

Gambar-gambar kat atas ni la yang digunakan oleh mereka untuk cek HIV kita.Lebih kuranglah macam ni.Bagi yang belum kahwin boleh jugak pegi cek.Tempoh sah laku selama 6bulan.So macam aku da boleh kahwin da.Hahahaa *gatal*


Nikah

" Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya dengan RM.... "


Ihsan Incik Google

Bunyi macam senang je kan? Nah inilah erti yang sebenarnya :

" Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapa si dia tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik,dayus dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku. " 

p/s : Copy paste from FB....hmmmmm

Selesai Satu Persatu

Assalammualaikum...
Salam Rabu...
Selamat bekerja kembali setelah bercuti selama 4 ari. *lambaitangan*

So macam mana dengan plan korang sepanjang bercuti??So far hope semua okey. *menguap*
Mana tak menguapnya seharian aku berfikir dan merayau.Pening kepala kene ujan.Kehulur hilir merayau-rayau. *ehhapani*

Citer untuk ari ISNIN..Perghhh memang menakutkan.Hehehe tapi alhamdulillah SELESAI.Maybe ada yang TIDAK BERSETUJU dan maybe ada yang BERSETUJU.Tapi bila difikir-fikirkan balik maybe ada hikmah disebalik semua ni.Apa yang aku rasa ni maybe adalah ujian buat aku dan insya ALLAH sekiranya kita jalani semuanya dengan tenang dan sabar pasti hasilnya cukup membuatkan kita bahagia. *syukur* Lain orang lainlah dugaannya.Memang semua orang tau menghentam aku je tapi takpe sebab aku jadikan ini semua sebagai semangat untuk aku.As long my family sentiase disisi dan memahami itu da cukup buat aku tersenyum.Alhamdulillah aku rasa lega.Tak tahu kenapa tapi aku rasa lega. *senyum*

Citer untuk ari SELASA pulak aku memanjatkan kesyukuran atas apa yang aku dah dapat pada aritu.Walaupun 1 ari suntuk aku kat situ akhirnya masih ada kekosongan untuk aku.Alhamdulillah.Betul lah kata orang kalau itu sememangnya rezeki kita pasti itu untuk kita.Amin.So sekarang ni kene buat satu persatu dan insya ALLAH aku akan lalui semua ni dengan tenang bersama-sama Family dan Incik Tunang. *shuffle*
So far after tiz aku akan lalui rutin harian yang sibuk.Kite jumpa next entry...




Selamat Bercuti

Kita akan bercuti selama 4 ari bagi yang tidak bekerja Sabtu dan Mereka akan bercuti 3 ari bagi yang bekerja pada ari Sabtu *wahsukasuka*
Ha tak tahu cuti apa??Teruk betul la korang ni.

Cuti Prophet Muhammad Birthday dan Cuti Thaipusam

Planning...Planning dan Planning....Bagi mereka yang masih dalam mood CNY dah tentu-tentulah gunakan sehabis baik cuti ni tapi aku cuma duduk rumah untuk gantikan penat + letih minggu lepas.Tak sempat-sempat nak ganti lagi ni.Hahahahaha *terukperangai* Peduli apa aku..Cuma ari Ahad bz cket la dengan wedding abg sepupu aku di Lembah Subang.Selebihnya duduk rumah bincang apa-apa yang patut *HARUS*
So buat semua....

SELAMAT BERCUTI.....

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL....

SELAMAT MENYAMBUT THAIPUSAM...

Artis Dihentak

ANI...pengajaran buat suami
ANI...pengajaran buat suami

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.
Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.


Astaga sebenarnya aku kaget sekejap..Kaget tu sama macam terkejut ler. *tangandibahumatakebawah* Tak sangka giler kot.Takkanlah isteri mintak beli sarapan pun sampai nak kene hentak-hentak.Bukannya isteri tu mintak bawak 1 lelaki untuk dia *erk* Ehh kejap-kejap sebenarnye kita takde hak nak judge diorangkan.Kite kene tunggu kisah sebenarnya.Cuma kalau boleh nak jelaskan kat sini sebaik-baiknya janganlah sampai nak pukul-pukul.Tak salahkan kalau suami tolong isteri dan isteri pun tolong suami sebab nama pun suami isteri.Berbincanglah daripada terus nak pukul.Kepada Ani Mayuni dan suami,semoga tabah mengharungi dunia rumahtangga.

Word 3



Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang,ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya,ingatlah saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya.
Di waktu kamu mulai bosan dengannya,ingatlah selalu saat indah kamu bersamanya.
Di waktu kamu ingin menduakannya,ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.
Di waktu kamu ingin membohonginya ingatlah dia telah jujur denganmu.


Setiap Masalah Pasti Ada Jalan Penyelesaiannya...Insya ALLAH

Semenjak-semenjak ni hati aku selalu rasa gelisah dan tak sedap ati je.Kenapa aku pun tak tahu.Mungkin sebab masalah yang aku tengah hadapi sekarang ni kot.Kadang-kadang kite manusia memang selalu lupa dan alpa tapi bagi aku bukan semua manusia bole lari dari kenyataan yang sebenar.
Hidup aku tak sehebat mana pun cuma aku bersyukur kerana telah DIPILIH untuk menerima sedikit dugaan dari ALLAH SWT.Memang berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikulnya.
Aku cuba untuk jadi seorang yang tabah dan kuat walaupun aku bukanlah setabah dan sekuat mana.Aku cuba untuk tidak menangis walau pada hakikatnya aku memang nak mengalirkan airmata.
ALLAH SWT hanya akan turunkan sesuatu dugaan itu hanya pada orang yang DIA sayangkan??Alhamdulillah aku adalah salah seorang dari berjuta-juta manusia yang telah DIA pilih.Aku tau DIA tau yang aku mungkin mampu harungi dugaan yang DIA turunkan sekarang.
Jauh sebenarnya dari sudut hati kecik aku ni aku tak pernah inginkan semua ni terjadi.Siapa kita untuk melawan takdirkan??Bagi aku lain orang lainlah dugaannya hanya dengan 1 harapan dan doa aku hanya inginkan supaya aku kuat untuk harungi dugaan ini.Semoga semua urusanku dipermudahkan dan semoga ada jalan keluarnya.Amin...
.

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim

Sila klik sini mynewshub untuk membaca artikel tersebut.Rasa tertarik sangat dan aku punya niat untuk berkongsi dengan korang semua.SubhanaALLAH besar sungguh kuasa ALLAH SWT kepada manusia.Jomlah sama-sama kite baca.

p/s : Terima Kasih dan Kredit kepada mynewshub atas artikel yang amat berguna ini.

Sikap Pemalas

Salam 1 Malaysia semua...
Salam Isnin....
Monday Blues....zzzZZZzzzzz

Ehh kejap-kejap,tak payah nak zzzzz sangatla.Hahaha nak tak nak kene segarkan mata jugak.Ada yang tertunggu-tunggu ke entry dari aku ni?TAK ADA !!!! Ada aku kesah ke??ahahahha *gelakjahat*

Okey sebenarnye aku nak kongsi dengan korang pasal sikap rakyat Malaysia ni.Rakyat Malaysia dan Pemalas memang tak bole nak pisahkan kot aku rasa sebab tahlah itu yang aku rasa.

  • Parking : Kalau bole dorang nak park betol-betol depan mata then kalau tempat yang dorang selalu parking dah kene park dengan orang lain (walaupun park tu dorang tak sewa) mesti dorang akan mengamuk.Kenape sampai macam tu ehh??Lagi satu kalau parking berkaitan dengan tiket.Ha ni pun antara satu sebab pemalas jugak.Da pandai park pandailah bayar der takkan orang lain park orang lain lak kene bayarkan?tak payah nak kedekut sebab duit tu bukan bawak mati pon...kekekkeeee~
  • Bank : Pernah tak korang masuk bank then korang nampak slip-slip bersepah kat bawah tu?Padahal tong sampah jelas berada tercongok kat situ.Pastu ada jugaklah yang gatal tangan siap selitkan kat tepi-tepi mesin atm tu.Apalah salah slip-slip tu sampai diperlakukan sedemikian.Kalau setakat korang print slip tu hanya semata-mata nak tengok baki then campak baik tak payah print...tengok jela baki tu sbelom nak blah dari atm tu.Haishhh takde sivik.Bile kata pemalas nanti marah lak..ngee~
Setakat ni aku rasa itu jela yang aku nampak ketara berlaku di Malaysia dan maybe jugak berlaku di merata-rata.Benda ni pun aku kongsi bukan untuk orang lain tapi more pada diri sendiri jugak sebab kadang-kadang kite tak lari dari terlepas pandangkan dan tak salahkan kalau kita sama-sama mengingati antara satu sama lain.Sama-samalah kite berkongsi...Okey jumpa next entry ya.Peace~

Persediaan Demi Persediaan...Insya ALLAH

Salam 1 Malaysia semua dan Salam Sayang...
Sekarang ni tak tahu kenapa selalu rasa berdebar-debar.Nak kata nak kawin,belum lagi.Kenapa ehh?? *mikirjap*
Bile sebut pasal persediaan mesti korang semua dah bole agak kot yang aku nak kawin.Hahahaha... *gelakjahat* Yela kot nak kawin.So aku memang tengah bz sikit survey sana dan sini.Susah jugak rupa-rupanya kalau nak kawin sebab selama ni aku tengok orang lain punye persiapan tapi kali ni aku kene buat persiapan untuk diri sendiri.Memang agak kelam kabut dan tak tahu apa-apa sebab first time. *ehh* Tapi setakat yang termampu dan berkat pertanyaan kepada orang yang pernah ada pengalaman ALHAMDULILLAH serba sedikit pasti akan terlaksana dan siap dengan jayanya. *macamberucap*

  • Photographer : Setakat ni aku tak survey banyak tempat lagi.Cuma dalam pale otak aku yang kecik ni pikir hanya ada 1 Photographer ni je.Walaupun aku survey banyak Photographer tapi photographer yang 1 ni tetap dalam carta hati aku no 1.Hmmmm bagi aku Photographer yang ni memang menepati apa yang aku nak.Harap-harap aku dapat guna khidmat Photographer ni sebab baru nak wat perhitungan *wahmacamnakgaduh* untuk set time buat discussion.
  • Kad Kahwin : Ha yang ni pulak aku ada 2 tempat untuk pikir balik mane yang sesuai.Kalau boleh aku nak cari yang bole dapat BANNER free sebab sekarang semua da bagi free tapi dengan syarat kene beli atas nilai rm1000 or sebaliknya. *hhmmmm* Dua-dua ada free BANNER tu.Arghhh sakit kepala mikir ni.Aku nak kad yang simple je dan yang paling penting peta lokasi rumah pengantin tu boleh difahami dengan jelas.Yelah kalau tak jelas nanti macam mana orang nak datang??Tak pasal-pasal sesat. *ececeehhh*
  • Mak Andam : Yang ni lak 1 kes jugak yang buat aku pening kepala sesangat-sangat.Kenapa sekarang more PAK ANDAM dari Mak Andam??Seganlah kalau PAK ANDAM yang uruskan kita sebab kitakan PEREMPUAN.Macam mane ehh??Kalau bole aku nak amik untuk belah laki sekali sebab rasanya lebih jimat + nak baju persalinan + serta baju bertandang.Setakat ni memang da jumpa cume kene double check balik for the date.Insya ALLAH harap semuanya dipermudahkan..amin
So aku rasa setakat ni yang penting benda-benda ni je kot.Nanti aku double check balik dan kalau-kalau ada yang terlepas pandang tu akan ditambahkan di next entry.Disebabkan cuti CNY yang lepas kitorang bz berulang-alik dari Sunway ke Seremban,urusan survey-survey ni akan dilakukan insya ALLAH pada minggu ni.Doakan kitorang akan dapat dan cari apa yang kitowang nakkan ye...Time Kaseh *takmalu*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...