Penangan Seremban

Arini ari terakhir dalam JANUARI *ehdaabes*
Sedar-sedar da nak masuk bulan FEBRUARI.Cepatnya masa berlalu sekarangkan??Rasa macam baru semalam masuk New Year.Semakin lama semakin cepat waktu dan semakin lama semakin meningkatlah usia semua orang.Cuma pernah terlintas dalam hati adakah aku masih sempat untuk menikmati erti kehidupan lagi atau sebaliknya.Kadang-kadang kita tak sedar yang kita mungkin tidak akan sempat tapi kadang-kadang kita yakin yang kita masih sempat lagi. *ehmelalutsuda*
Okey back to basic.Last week cuti CNY.Baru arini nak citer sebab TERLALU PENAT + TERLALU BZ.Dah macam kenduri kahwin lak penat dan bznya.Ampun.....kalau boleh janganlah diulangi lagi.Tak sanggup da den ni ha *nogori??* CNY tahun ni aku rasa sesuatu yang amat-amat aku tak boleh lupa sampai bebila kot.Orang lain semuanya sebok bercuti tapi aku sebok berulang-alik dari Sunway ke Seremban.Perghhhh 4ari weyh *sobsob*
Actually BAKAL BAPAK MERTUA AKU masuk hospital.Mesti pelikkan kenapa boleh masuk hospital sampai ke situ.Kebetulan diorang tengah bercuti kat PD.On the way ke rumah makciknya kat Seremban,abah Incik Tunang dapat serangan Asma aka Lelah *ehsamaje* Terus Abahnya dimasukkan ke Hospital Tengku Ja'afar,Seremban.Kitorang dapat coll dalam pkul 2 tengah ari.Kebetulan aku baru balik makan tengah ari dengan Incik Tunang dan dia baru je hantar aku balik rumah.Masa aku dapat coll dari Incik Tunang,dia da menangis dan secara automatik aku jadi menggigil.Aku pun tak tahu kenapa aku bole jadi macam tu.So aku pun terus siap sementara nak tunggu Incik Tunang sampai kat rumah aku.Dalam aku tengah menggigil aku masih sempat coll mak aku bagitau apa-apa yang patut.Sepanjang perjalanan Incik Tunang hanya senyap dan senyap dan senyap *terusakujadingantok* tapi masih sempat berdoa dalan hati semoga abahnya tak apa-apa.
Sampai je kat Seremban masing-masing kelam kabut cari jalan.By the way kitorang p sekali dengan akak dan sepupu Incik Tunang.Alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan jalan dan mata kitorang untuk mencari jalan ke hospital tu.Bila dah jumpa kawasan hospital tu tup-tup nak cari park lak macam hampeh *ehtakdapark* Mak aii jauh-jauh dia punya park pastu terhad.Sangat sedikit.Sapa cepat dia dapatlah.Jauh beza sangat-sangat dengan PPUM.Sekali lagi ALLAH SWT permudahkan jalan kitorang semua,alhamdulillah ada park kosong yang berdekatan antara satu sama yang lain walaupun nak berjalan ke hospital tu makan masa dalam 10minit *erkk*
Alhamdulillah dapat juga mencari mak Incik Tunang di kawasan ICU.Abah Incik Tunang ada dalam wad ZON MERAH.Ya wad ZON MERAH,apa yang aku mampu hanya berdoa semoga semuanya selamat.Hampir 4jam kitorang bertapa di kawasan wad tu akhirnya abah Incik Tunang dipindahkan ke wad biasa.Alhamdulillah....sangat lega walaupun sedikit.Sepanjang kitorang ada dengan abah Incik Tunang dia tak dibenarkan bergerak dan bercakap.Berlakulah kejadian banjir membanjir.4ari aku dengan Incik Tunang ulang alik ke Hospital Tengku Ja'afar,Seremban.Balik keje mandi-mandi terus siap.
So far sekarang sudah semakin lega sebab abah Incik Tunang sudah dibenarkan pulang ke rumah tapi abahnya masih dipantau oleh mereka sekeluarga.Aku tengok okeylah sikit kalau nak dibandingkan dari memula aritu.Legalah selepas da kuar hospital dan kitorang pun da tak payah nak ulang alik lagi dari Sunway ke Seremban.Alhamdulillah.

p/s : Kepada bakal bapa mertua ku,makanlah ubat dan kurangkanlah bercakap dan bergerak.Semoga kesihatan bakal bapa mertuaku akan semakin baik dari ari ke ari.Insya ALLAH...amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...