Conveyancing sangat mencabar...!!!!

Ramai yang cakap keje sebagai conveyancing lawyer sebenarnya tak mencabar.Keje conveyancing ni kerani biase je pun bole buat tapi percayalah bahawasanya keje sebagai conveyancing lawyer ni bukan semudah yang kita sangkakan sebabnya setiap hari akan ada benda baru yang kite pelajari setiap masa.
Evenpun aku masih baru tapi bagi aku keje ni sangat88 mencabar.Mencabar dari segi minda dan fizikal.Tak dinafikan memang banyak benda yang kita dapat pelajari tapi dalam masa yang sama bagi aku kene sentiase bersedia dari segi minda dan fizikal.
Aku ni nak cakap banyak memang tak tahu la pasal conveyancing ni cuma apa yang aku nak kongsikan dengan korang ialah kalau nak belajar banyak benda kite kene mula dari bawah dan bagi aku keje kat lawyer firm ni memang banyak pengalaman dan benda yang korang akan pelajari.Percayalah cakap aku.Memang aku ni dibuat macam bola kehulur hilir tapi aku tekadkan dalam hati aku yang aku sedang belajar dan nak belajar.Aku banyak tulis nota dalam buku dan ada masa aku akan search intenet dan baca balik nota yang aku buat tu.
Disebabkan aku keje baru sebulan setakat ni aku baru faham tak sampai 10% lagi.Aku rajin-rajinkan diri ringankan mulut dengan bertanya dan alhamdulillah bos aku tak lokek ilmu dan selalu betulkan kesalahan yang aku buat kalau ada kesalahan.Syukur aku diberi peluang.Lagi satu apa je yang aku buat aku akan print kat draft paper dulu dan bagi bos aku cek sebelum nak print yang betul sebab hal yang berkaitan dengan conveyancing ni tak boleh nak salah sikit atau tertinggal apa-apa dokumen pun sebab leceh anti bile kite dah send.Kang tak pasal pulak kene penalti bagai.Hal penalti nanti aku citer ye sebab aku tak pro lagi.
Okeyla nanti continue ye.






p/s : Baru berkesempatan nak update.Bile kerja tak banyak bolehla update.Lunch dulu yuk !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...