Anak ohh Anak !!! Upin Ipin.......................

Anak aku sekarang ni dah pandai dah nangis bila kita marah dia.So aku ngan husband aku suke no la ngacau dia.Tapi peliknya anak aku ni dia ada masa-masa nak nangis lak.Kadang-kadang kite marah dia kan dia bole gelak pulak.Kadang-kadang tu bila kite betul-betul marahkan dia,dia langsung taknak menangis.Haishhh karenah anak yang semakin membesar ni buat aku pening.Anak aku dah masuk 6bulan so macam-macam peel la dia tunjuk.Ada 1ari tu dalam aku tak sedar tup-tup dia meniarap sambil ngesot sampai ke bawah meja.Lastnye terantuk.Aku tersedar sebab dia nangis.Hihihi rasa kelakar dan kesian pulak mase tu.


Tapi ada 1 benda yang kalau dia tengah nangis dia akan benti nangis.......nak tau apa benda??kalau dia dengar suara upin ipin.Adehhhh anak aku ni umor 3bulan dah pandai tengok upin ipin.Siap gelak bagai lagi tau.Dia memang giler upin ipin.Nak tido pon kene pasang upin ipin dulu.Actually anak aku ni nak tengok upin ipin je.Kawan-kawan upin ipin tu takde la dia nak tengok.Tula aku tengah nak cari patung Upin ipin yang bole buat tido.Kiranya yang akan jadi bantal busuk dia.Ada sesiapa tau x??share sikittttttttttttttttttt kat mane.....



p/s : share ye siapa tau mana nak cari patung upin ipin macam bantal yang bole bawak tido dan dijadikan bantal busuk....

Conveyancing sangat mencabar...!!!!

Ramai yang cakap keje sebagai conveyancing lawyer sebenarnya tak mencabar.Keje conveyancing ni kerani biase je pun bole buat tapi percayalah bahawasanya keje sebagai conveyancing lawyer ni bukan semudah yang kita sangkakan sebabnya setiap hari akan ada benda baru yang kite pelajari setiap masa.
Evenpun aku masih baru tapi bagi aku keje ni sangat88 mencabar.Mencabar dari segi minda dan fizikal.Tak dinafikan memang banyak benda yang kita dapat pelajari tapi dalam masa yang sama bagi aku kene sentiase bersedia dari segi minda dan fizikal.
Aku ni nak cakap banyak memang tak tahu la pasal conveyancing ni cuma apa yang aku nak kongsikan dengan korang ialah kalau nak belajar banyak benda kite kene mula dari bawah dan bagi aku keje kat lawyer firm ni memang banyak pengalaman dan benda yang korang akan pelajari.Percayalah cakap aku.Memang aku ni dibuat macam bola kehulur hilir tapi aku tekadkan dalam hati aku yang aku sedang belajar dan nak belajar.Aku banyak tulis nota dalam buku dan ada masa aku akan search intenet dan baca balik nota yang aku buat tu.
Disebabkan aku keje baru sebulan setakat ni aku baru faham tak sampai 10% lagi.Aku rajin-rajinkan diri ringankan mulut dengan bertanya dan alhamdulillah bos aku tak lokek ilmu dan selalu betulkan kesalahan yang aku buat kalau ada kesalahan.Syukur aku diberi peluang.Lagi satu apa je yang aku buat aku akan print kat draft paper dulu dan bagi bos aku cek sebelum nak print yang betul sebab hal yang berkaitan dengan conveyancing ni tak boleh nak salah sikit atau tertinggal apa-apa dokumen pun sebab leceh anti bile kite dah send.Kang tak pasal pulak kene penalti bagai.Hal penalti nanti aku citer ye sebab aku tak pro lagi.
Okeyla nanti continue ye.






p/s : Baru berkesempatan nak update.Bile kerja tak banyak bolehla update.Lunch dulu yuk !!

Selamat Pengantin Baru Azrin & Husband



Assalammualaikum....
Salam 1 Malaysia....


Selamat Pengantin Baru buat kawan aku Azrin n Husband.Husbandnye muka macam cina gitu.
Semoga tabah n cekal dalam mengharungi alam rumahtangga...
Semoga bahagia hingga ke jannah..insya allah...
aminnnn









p/s : cukup menyampah kalau aku pegi wedding kawan-kawan then orang yang aku tak suka ada jugak kat situ.SPOIL MOOD weyh !!!!!! ggggrrrrrrrrrrr...........

Luahan Hati

Dah lama aku pendam tapi kali ni rasa nak lepaskan jugak.Biarlah orang nak kata apa pun.Aku redha jela.First memang aku sangat3 terasa dengan sesetengah manusia yang tak tahu nak menghargai erti persahabatan dan memahami perasaan orang.Ya maybe aku bukan seorang yang baik nak dibandingkan dengan yang lain tapi fahami dan mengertilah hati aku.Benda yang paling penting bila hal berkaitan KAHWIN.Normal kan sekarang kalau kau datang majlis aku means aku pun akan datang majlis kau.Sekarang dah jadi adat bagi semua manusia kot.Aku pun takdela pergi semua majlis kengkawan aku yang kahwin pun tapi mesti ada reason yang boleh diterima pakaikan.Aku ni manalah ada transport.Harapkan orang datang pickup jela kalau nak kemana-mana.Itupun masih ada juga yang kurang memahami.Penat nak explaind many times.Pikir sendiri la.Kadang-kadang ada yang buat jauh kendurinya.
Aku datang kalau ada transport tapi apa balasan yang aku dapat??
Sakit hati jela bila majlis aku pulak.

Habis bab kahwin timbul pulak soal anak.Ha aku dah ada anak sorang tapi aku boleh kira sapa je yang datang melawat aku.Sorry to say la aku tengah pantang so kenelah faham situasinya.
Memang sedih tapi nak buat macam mana aku ni takde kawan kot.
Biaselah manusia penuh dengan janjikan.Nak datang tapi aku ni dok la menunggu tapi HAMPEH....
aku tak tahu jalanlah sue...aku tunggu kau balik sunway jela...lepas abis pantanglah aku jumpa kau...
Inilah dialog yang aku selalu dengar.Dah duduk dekat pun still jugak tak muncul-munculkan diri.
Apakan daya aku,aku tak mampu nak paksa orang.Aku tak mampu buat orang sukakan aku,sayangkan aku,senangkan dengan aku,terima aku dan macam-macam lagi.
Tat y la kalau boleh biar jela aku dok umah ngadap anak aku je.Hmmm walaupun aku dok umah ngadap anak aku je pun still jugak ada yang tak puas hati kata aku ni asik dok umah je.

Aku dah penat weyh nak jaga hati orang expecially KAWAN-KAWAN.Aku tak pernah mintak korang sanjung aku setinggi-tinggi alam pun tapi cukuplah korang faham isi hati aku.Aku ni banyak benda nak kene jaga sampaikan hati dan diri aku ni terabai.Langsung aku tak ambil peduli.Mulai sekarang aku buat jela hal aku.Mana yang ingat kat aku,ingatlah dan aku ucapkan terima kasih tapi bagi yang tak ingat or buat-buat tak ingat kat aku takpelah aku still jugak akan ucapkan terima kasih sebab sudi tak ingat dan buat-buat tak ingat kat aku.Aku je nak kene ingat kat korang tapi korang takde masa nak ingat kat aku.Lepas ni kenduri apa-apa pun aku malas nak jemput-jemput lagilah.Rasa dah dengar aku ada buat majlis pape,datang jela.Aku takut nanti aku terasa pulak bile aku jemput dan dengar jawapan yang akan buat aku rasa down.


SORRY TO SAY SORRY TO HEAR

Aku dah penat.
Apa-pun aku ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kat korang yang pernah ingat kat aku.
Assalammualaikum...

Are you really okey??


Hanya aku je yang tahu.Kadang-kadang tak semua benda boleh dikongsikan pada umum sebab takut nanti tersalah langkah.tersalah kata dan segala pelbagai tersalah.
Kita dah jadi diri kita sendiri tapi kenapa masih ada lagi yang meraguinya??
Kita dah jadi diri kita sendiri tapi kenapa masih ada yang masih lagi tak mempercayainya??

Susah untuk kita cuba hidup sendiri atau lebih dikenali sebagai BERDIKARI tapi kita boleh cuba dan insya allah ada jalannya.Setengah orang memang takkan pernah nak cuba dan masih lagi nak bergantung pada orang lain meskipun sudah berkahwin.Kalau tak cuba macam mana nak tahu sama ada kita mampu atau tak.Betul tak??

Tepuk dada tanyalah selera........


Kerja...kerja....dan kerjaaaaaaaa


Okey cerita yang seterusnya aku dah tak keje dekat Damansara dah.Kenapa??Biarlah aku simpan.Memang sayang nak tinggalkan sebab hampir 4thn aku berkhidmat kat situ.Mana yang dah tau tu tau la.Aku dah tak lalu nak tanggung dan lalui semua tu.Nak-nak lagi masa tu aku tengah preggy.Tambah pulak HR MANAGEMENT tukar baru lagilah aku ni di anak tirikan.

Aku resign 3bulan lagi aku nak bersalin.Memang rugi sebab aku tak gunakan cuti bersalin tu tapi takpe rezeki ada di mana-manakan dan Alhamdulillah aku dah pun mula bekerja balik seperti biasa sekarang.

Aku keje dekat je dengan rumah aku.Syukur,aku masih diberi peluang untuk belajar kat sini dan banyak juga benda yang aku sedang belajar.
 
ANAK??Aku hantar pengasuh dekat area rumah aku.Alhamdulillah anak aku tak banyak meragam.Cuma nak tidur jela problem dia.Telinga kuali memang susah nak tidur.Rindu memanglah rindu sebab before ni aku yang bela kat rumahkan tapi takpelah demi sesuap nasi aku kene tahanlah.Kenelah berkorban demi anak dan masa depan.

Actually sepanjang aku preggy dulu banyak rezeki yang masuk tapi aku kene tolak sebab aku tengah preggy dan alhamdulillah Incik Suami pun dapat rezeki atas anak juga.Incik Suami dah tak keje kat Nationwide dah.Aku berhenti dia dapat keje baru.Alhamdulillah atas rezeki yang dah Engkau berikan ya Allah...

 

I'm Back !!!!

Assalammualaikum....
Hai korang yang sudi membaca...Lama aku menyepi.Nak kongsi citer banyak ni.Jom buang masa baca cerita aku.hihihiiiii

Alhamdulillah untuk pengetahuan semua aku dah pun selamat melahirkan secara normal seorang anak lelaki seberat 3.29kg pada 13 Mac 2013 lalu kat PPUM.Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana.Perasaan menjadi seorang IBU aku dah pun rasa.Ditambah pula dengan proses bersalin secara normal.Syukur sangat sebab aku dapat merasakan semua itu dan diberi peluang untuk merasa.

Alhamdulillah anak aku masih lagi breastfeeding dan nak masuk 6 bulan pun.Membesar dengan sangat pantas.Syukur !!

Ohh lupa nak bagitau nama anak aku.Aku dan Incik Suami sepakat bagi nama MUHAMMAD HARITH DANISH BIN MUHAMMAD YUSOF.Semoga menjadi anak yang soleh sayang...Insya allah...Aminnnn.

Proses pantang aku macam biasa kene pantang dua-dua buah rumah tapi sebenarnya lagi selesa pantang dekat rumah family sendiri.Satu benda yang aku memang takkan lupakan dalam pantang anak sulung ni aku nak simpan dalam hati aku.Anak aku dah besar nanti aku nak cerita kat dia.Bukan mudah bersalin normal.Itu jela aku bole cakap.

Anak kedua??Tak terfikir lagi,if diberikan rezeki kami terima......

So rasanya ni je kot cerita yang aku nak kongsi dulu buat setakat ni.Nanti continue ye sebab nak isi perut untuk lunch ni.Daaaaaaaa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...