Melambai tangan kepada semua yang sudi baca. * Ada ke? *
Lama tak bersua kerana kesibukkan diri menyelesaikan semua aturcara.Alhamdulillah selesai sudah majlis untuk kedua-dua belah pihak.Syukur kepada yang Esa.....Amin !
Tak tahu nak cakap,sebab majlis belah lelaki terasa kepenatannya berbanding dengan majlis sebelah aku.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ABAH tengah menahan sakit.Syukur kepada ALLAH SWT sebab dah tolong kuatkan ABAH untuk majlis
Kami bergerak ke DESA MENTARI dalam pukul 1.00 tgh hari,ingatkan jem la kekonon rupa-rupanya hampeh.So kami sampai around 1.15 tengah hari cenggitu.So kenelah relax dulu before nak bersanding.Kesian Incik Suami sebab tangannya menggeletar bagai nak rak.Menggigil.Nasib dia boleh cool lepas aku genggam tangan dia and sambil-sambil tu kengkawan banyak bagi semangat.Actually kengkawan dia memasing follow kami untuk bergerak ke rumah dia.
SEMANGAT SETIA KAWAN.....~ Terharu ~
So tepat pukul 1.30 kami pun bersanding dengan diiringi paluan kompang yang tanpa henti-henti.Mak aii paneh sesangat masa nak berarak tu dan dengan tetiba bunyi mercun bagaikan nak gugur jantung aku.Mercun yang cina selalu pakai yang panjang ya amat tu.Kitorang semua terpaksalah slowkan jalan sebab takut nanti serpihan mercun tu kene lak kat kitorang.Abislah make up i nanti...Opss !! * Gedik *
Abis je layan bunyi mercun tu kitorang kene tahan jap untuk bersilat dan sesi baling gegula...ehh silap tabur gegula.Heeee~Pastu barulah dapat naik atas pelamin.Kesian sedara mara sebelah aku sebab kene berdiri dalam panas agaklah 40 minit jugak.
Sorry............ * Buat Muka Comel *
After dah bersanding + tangkap gambar keluarga semua kitorang dibenarkan freestyle kemana-mana.Firstly bersalam dulu dengan sedara mara yang ada then jumpa kengkawan semua.Alhamdulillah ada jugak kawan-kawan aku yang tak dapat datang masa sebelah aku dorang gantikan datang sebelah laki.Mekasih korang.
Around pukul 4 petang macam tu kitorang pun bergerak untuk sesi OUTDOOR.
Sesi OUTDOOR abis deat maghrib jugak la.Balik rumah mandi-mandi then kene pegi balik rumah Incik Suami untuk sesi MALAM PESTA MUDA-MUDI.
Sebelum aku stop merepek,aku nak ucapkan SALAM TAKZIAH dan AL-FATIHAH buat keluarga sebelah Incik Suami yang telah kehilangan Pak Ucu (adik ipar mak mertua aku) pada hari Khamis 21/6/2012.Arwah dah selamat dikebumikan pada petang 21/6/2012 di Sungai Besar.Kali terakhir kitorang jumpa Arwah masa kenduri kitorang.Arwah nampak sihat dan masih tersenyum sambil sakat kitorang tapi ALLAH SWT lebih menyayangi Arwah dari kita semua.Semoga Arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah...amin
No comments:
Post a Comment