Majlis Sebelah Lelaki

Assalammualaikum


Hye


Sekarang ni aku dengan Incik Suami sedang sebok menyiapkan persiapan untuk belah dia.
Penat beb !!
Aku da start keje Khamis semalam so terasa kepenatannya bila balik keje mandi-mandi dan bersiap terus ke rumah Incik Suami.
Nasib baiklah dekat je tapi penat tetap terasa.
Incik Suami masih lagi bercuti sampai next week tapi dia punya penat berlipat kali ganda dari aku.
Kesian dia.
Malam tidur pun lena je sebab dah terlalu penatkan.
* Lap peluh di dahi *


Majlis sebelah lelaki akan berlangsung pada 17 June 2012 hari Ahad.
Incik Suami berulang alik ke kampung amek barang-barang doorgift dan orang kampung sekali.
Incik Suami pun dah tampal notis alih kereta pada semua kereta yang park kat kawasan tu.
Senang nak pasang khemah arini.
Harap-harap mereka faham sebab ada kendurikan.
Macam tu lah kalau hidup dalam suasana FLAT.
Tak boleh nak pentingkan diri sendiri je.
Kene tolak ansur.
Ohh ye sebelum terlupa,alhamdulillah bapa mertua aku dah semakin pulih.
Riuh umah semalam dengan sanak saudara dia.
Aku terus rasa kecil hati dengan majlis sebelah aku.
Biarlah.
Tak mau pikir.


Semalam pun aku balik da dekat pukul11 malam.
Kemas umah sikit then baru tidur.
Arini khemah kat tempat Incik Suami akan dipasang.
Make sure arini semua doorgift dapat diselesaikan sepenuhnya.
Arini aku kene rushing lagi sebab nak pegi amik anak kucing kat umah kawan tempat keje aku.
Lepas tu kene terus pegi puchong nak amek mak aku pulak.
Lepas dah settel baru aku ke umah Incik Suami.
Phewwww ~
Memang bukan aku yang drive tapi duduk sebelah pun terasa keletihannya cuma berbeza dengan orang yang memandu.
Tangan Incik Suami sebelah kanan sakit,alhamdulillah semalam aku urut dah.
Harap-harap arini Incik Suami punya tangan tak sakit lagi.


Ni kejap lagi aku kene ingatkan Incik Suami untuk amik baju sanding belah dia.
Nak tunggu aku memang lamalah.
So aku paksa dia untuk pegi amik sorang-sorang.
Ala bukan jauh pun,dekat je dengan umah dia.
Nanti selesai majlis aku akan update ye.
Sekarang ni pun mood da macam ke HONEYMOON je.
kbai !!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...