Selamat Pengantin Baru YUSNITA ~

Assalammualaikum...
Jumpa lagi selepas melayari bahtera CUTI KAHWIN.
Next week sambung lagi.
Tapi boleh tak kalau nak cuti terus...?? * memikir *
Incik Suami mengizinkan tapi aku masih dalam dilema.
Banyak sebab kenapa dah tak boleh nak bertahan tapi tengokla macam mana.
* muke keliru *


8/6/2012
Aku selamat menjadi isteri kepada Incik Suami pagi Jumaat yang dirahmati
.Dengan 2x lafas termeterailah ikatan 2 hati.
Sememangnya aku nak sekali lafas tapi apakan daya bila tok kadi lak kata tak sah sedangkan saksi semua kata sah. * tepuk dahi *
So tak kesahlah kalau ada yang nak mengutuk aku ke apa ke kan. * Ehh ! *
Bagi aku cukuplah dah SAH + HALAL.
Kompomlah aku menitiskan airmata bila Tok Kadi dah kata sah.
Alangkah bahagianya kalau yang menikahkan kami adalah ABAH.
* Hanya Tuhan saja yang tau *

Lepas sembahyang Jumaat kitorang pegi Outdoor.
Alhamdulillah untuk hari Jumaat selesai.


9/6/2012
Aku da mula sebokkan diri tolong apa-apa yang patut.
Penat memang penat tapi terpakse buat-buat tak penat.
Kenapa??
Biarlah aku simpan je apa yang aku rasa untuk hari Sabtu tu.

Tengah hari tu aku kene tengok orang pasang pelamin.
Tak sangka yang pasang pelamin tu budak junior aku dulu.
Apa lagi masing-masing berboraklahkan.

Lepas Isyak kenduri doa selamat lak.
Sementara nak ke acara Malam Berinai,kami semua da decide nak buat kenduri doa selamat buat arwah abah,atuk, dan yang lain-lain.
Alhamdulillah semua yang dirancang jadi seperti yang diinginkan.


Bunting design by Moon ~


10/6/2012
Hari besar buat aku,Incik Suami dan sekeluarga...
Hari bersanding aku.
Doa aku masa tu harap semua berjalan dengan lancar.
Tepat 1.30 aku bersanding.
Lega bila masa berarak tu tengok kawan-kawan ada.
Yang takde tu tak tahu lah sama ada aku tak perasan or sebaliknya.
Majlis tabur gegula sebelum duduk kat singgahsana. * ECECEH *
Syok dapat tabur gegula sebab tengok bebudak semua riang hati rebut gegula.
Selesai semua acara barulah dapat bergambar dengan semua.

Malam lak tukar baju untuk acara memotong kek + malam pesta muda mudi.
Chewahh !!
Malam pesta muda mudi dirasmikan oleh kami sendiri.
Terkontang kanting Incik Suami menari.
Kesiannn... * garu kepala *


Hari bersanding ~


Malam Potong Kek + Malam Pesta Muda Mudi


Sebelah pihak punya majlis alhamdulillah selesai.
Tinggal nak selesaikan pihak lagi satu je,pihak lelaki.
Harap semua selesai dengan jayanya.
Buat bapa mertua,kami harap cepat sembuh and dapat join ahad ni.
Semoga semuanya dirahmati ALLAH SWT.
Aminn.....
Peace ~


P/s : Maaf kalau ada yang terkurang.Mintak dihalalkan dunia akhirat.Terima Kasih pada yang sudi hadirkan diri, Terima Kasih pada yang sudi beri hadiah dan Terima Kasih pada yang doakan yang terbaik buat kami.Hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik kalian.







2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...