2 Hari Lagi Yaw !!!

Assalammualaikum semua.
Da lama tak kongsi dengan korang pasal persiapan wedding aku.
Sehat ke pada yang membaca blog aku? * perasan ada orang baca *
Harap semua dalam keadaan yang baik-baik ye.


Hari ni lagi 2 hari je aku bakal menjadi ISTERI yang sah pada Incik Tunang.
After that aku kene tinggalkan dunia single.
Jangan nak perasan ye Sue yang awak tu single lagi.
Dan aku kene belajar dan terus belajar untuk menjadi isteri yang baik.
Hmmm nampak mudah tapi sebenarnya sangat susah.
Hope aku boleh !! Insya ALLAH.



DENGAN SEGALA HORMATNYA SAYA MENJEMPUT
ANDA SEMUA UNTUK HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN SAYA
PADA 10/6/2012 BERTEMPAT DI
210 BLOK 4 JALAN PJS 8/14 BANDAR SUNWAY.
KEHADIRAN ANDA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMERIAHKAN
MAJLIS SAYA.TERIMA KASIH.



Untuk persiapan lagi 2 hari ni aku masih lagi bekerja untuk hari ni.
Last day !! * shuffle *
Aku bercuti start dari 7/6 sampai 13/6 dan kembali bekerja pada 14/6 & 15/6.
After tu aku akan kembali bercuti selama seminggu.
Kembali bekerja balik pada 25/6.
So hari ni mood aku di awang-awangan gitu. * kedip mata *
Mood nak cutilah apa lagi kan.


Semalam aku sibuk buat SEPANDUK JALAN sambil layan cerita 3 JANJI.
Memang tangan berjalan agak lembablah kan sebabnya mata dok tengok tv.
Hari ni aku akan sambung balik buat sepanduk tu.
Senanglah nanti bagi sesiapa yang datang nak tengok arahan ke rumah aku.


Untuk BUNTING, alhamdulillah da settel.Design by officemate aku.
Moon, thx ya !! *kelip mata sebelah*
BUNTING aku order 1 je pun + kongsi dengan belah laki tapi aku puas hati dengan designnya.
Belah laki pun puas hati.Alhamdulillah percubaan pertama Moon berjaya.
Nanti aku akan letakkan BUNTING aku dekat khemah.


Untuk PHOTOGHRAPHER semalam aku da dapat coll dari ENCIK AMIR.
So aku da sms kat dia untuk semua acara yang akan dilakukan pada 3 hari tu.
Location untuk outdoor RAHSIA.Hahahha !! * gelak jahat *
Nanti aku balik dari bercuti Insya ALLAH aku akan kongsikan dengan korang.


Arini balik keje aku akan terus pegi amik baju kahwin + bantal nikah kat butik.
Then balik rumah haruslah rumah aku da ramaikan.
Sibuklah buat untuk DOORGIFT.
Hari ni pulak kat bawah rumah aku ada ceramah.


Aku rasa setakat ni jelah kot yang aku boleh kongsikan dengan korang.
Nanti sambung lagi okey.
Aku nak pegi tengok cerita korea balik.
Pada semua doakan semoga majlis aku berlangsung dengan baik dan
semoga semuanya diberkati ALLAH SWT.
Insya ALLAH.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk dari aku sendiri.
Maafkan aku sekeluarga sekiranya majlis aku ada kekurangannya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...