Simptom 5 Bulan

Lega dapat pegi kubur ahad semalam dengan Incik Suami.
Actually hari ahad semalam genap 10 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.
So alhamdulillah walaupun dalam keadaan aku macam ni aku masih diberi kesempatan menziarahi kubur arwah abah aku.
Cuma rasa sedikit berbeza sebab pegi dengan suami + pulak sekarang tengah pregnant.
Terima kasih ya allah kerana beri aku sedikit kekuatan.
Semoga arwah abah tenang disana...AL-FATIHAH...


Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 5bulan (20 minggu).
Gambar??Tak payahlah kot nak masukkan.
Cuma sekarang perut aku dah semakin menonjol + semakin penat.
Aku nak share apa yang aku rasa sekarang.
Sekarang ni aku kerap sakit + rasa ala-ala macam kebas di bahagian bawah breast sebelah kanan.
Mereka kata kerana pedih ulu hati.
Tapi aku tak sure sama ada betul atau tak.
Aku nak tanya doktor bila checkup akan datang nanti.

Selain tu aku ada jugak rasa krem dibahagian kaki,senak diperut,kebas dikaki dan sakit pinggang.
Kadang-kadang rasa jugak pergerakkan dari si baby ;)
Bila baby bergerak secara tak sengaja kita rasa happy sangat.
Cuma takdelah baby bergerak aktif sangat.
Masa first Incik Suami tengok scan, dia teruja sangat tengok bakal anak dia tengah bergerak dalam perut aku.
Before ni dia tak pernah tengok sebab dia duduk luar je.
Krem kat kaki tu aku selalu rasa kalau tengah tido je.
Bayangkanlah tengah korang syok-syok tido tetibe kaki korang krem.
Perghhhh memang tak tahulah nak kata apa.
Mungkin sebab sejuk atau mungkin jugak aku kekurangan kalsium :(
Tapi sekarang yang aku betul-betul tak tahan kalau sakit pinggang.
Sakit pinggang bila pregnant ni lain sangat aku rasa.
Aku tak tahu nak gambarkan macam mana.
Bagi yang pernah pregnant mesti tau apa yang aku rasa.
Bila dah sakit apa nak buat pun rasa tak kene je.
Tapi bila difikirkan demi anak takpelah aku harungi jugak dengan kuat.
Insya Allah.

Bab ngidam bagai semua setakat ni aku rasa aku takde rasa ngidam tu lagi.
Cuma Incik Suami jela yang sebuk nak itu ini dari aku.
Pendek kata dia yang ngidam bukan aku.
Sampailah sekarang dia tetap macam tu cuma sekarang ni aku tengok selera makan aku semakin tinggi.
Asyik nak makan je sekarang.
Rasa nak kunyah je kalau tak rasa lapa + nak muntah.

Alhamdulillah aku bersyukur sebab aku dapat rasa semua ni.
Memang rasa lain sebab kita tak pernah rasakan sebelum ni tapi bila kita dah rasa secara automatik baru kita tau apa yang mak kita rasa dulu masa mengandungkan kita.
Alhamdulillah.......Alhamdulillah........Alhamdulillah....
Aku bersyukur sangat.... ;)



Esok checkup !
Harap-harap semua okey.
Tekanan darah harap stabil sebab aku tengah tak sihat sekarang.
Simptom demam + batuk + seleseme selalu je melanda sekarang ni.
Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kehamilan aku.
Amin.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...