Cara Tidur + Pemilihan Jenis Bantal Ketika Hamil


Bila tengok video kat atas ni kan terus rasa macam nak cari je bantal macam tu.
Macam best + syok je :D
Tapi tak tahu nak cari kat mana.
Actually aku research pasal tidur masa pregnant.
Since aku sekarang memang rasa tak selesa + rasa susah nak tido.
Bergolek sane tak boleh sini tak boleh,terlentang sakit meniarap lagilah perit.
Tau-tau je sedar dah pagi..... :(

Melalui yang aku research....
Rasa tak selesa ni biasanya akan mula dari minggu ke -16 kehamilan lagi.Mesti korang akan rasa macam sakit belakang, perut sakit dan tak boleh tidur.Sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah & makanan yang lebih.Ia disebabkan adanya vena cava (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah hingga ke jantung.Untuk lebih jelas lagi, kalau kita tidur dgn posisi mengiring ke kiri ianya akan membantu pengaliran darah,oksigen & nutrisi kepada plasenta.

Peringatan : doktor & pakar mengesyorkan bahawa selepas minggu ke -16 kehamilan, ibu mengandung tidak digalakkan tidur dalam posisi terlentang kerana posisi ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang,usus dan inferior vena cava. tidur dengan posisi terlentang juga boleh menyebabkan sakit pinggang,buasir,gangguan pencernaan dan mengganggu pernafasan & peredaran darah.
p/s : Patutlah kadang-kadang aku rasa macam sesak nafas kalau baring terlentang.Hmmmmm :(

Simptom 5 Bulan

Lega dapat pegi kubur ahad semalam dengan Incik Suami.
Actually hari ahad semalam genap 10 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.
So alhamdulillah walaupun dalam keadaan aku macam ni aku masih diberi kesempatan menziarahi kubur arwah abah aku.
Cuma rasa sedikit berbeza sebab pegi dengan suami + pulak sekarang tengah pregnant.
Terima kasih ya allah kerana beri aku sedikit kekuatan.
Semoga arwah abah tenang disana...AL-FATIHAH...


Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 5bulan (20 minggu).
Gambar??Tak payahlah kot nak masukkan.
Cuma sekarang perut aku dah semakin menonjol + semakin penat.
Aku nak share apa yang aku rasa sekarang.
Sekarang ni aku kerap sakit + rasa ala-ala macam kebas di bahagian bawah breast sebelah kanan.
Mereka kata kerana pedih ulu hati.
Tapi aku tak sure sama ada betul atau tak.
Aku nak tanya doktor bila checkup akan datang nanti.

Selain tu aku ada jugak rasa krem dibahagian kaki,senak diperut,kebas dikaki dan sakit pinggang.
Kadang-kadang rasa jugak pergerakkan dari si baby ;)
Bila baby bergerak secara tak sengaja kita rasa happy sangat.
Cuma takdelah baby bergerak aktif sangat.
Masa first Incik Suami tengok scan, dia teruja sangat tengok bakal anak dia tengah bergerak dalam perut aku.
Before ni dia tak pernah tengok sebab dia duduk luar je.
Krem kat kaki tu aku selalu rasa kalau tengah tido je.
Bayangkanlah tengah korang syok-syok tido tetibe kaki korang krem.
Perghhhh memang tak tahulah nak kata apa.
Mungkin sebab sejuk atau mungkin jugak aku kekurangan kalsium :(
Tapi sekarang yang aku betul-betul tak tahan kalau sakit pinggang.
Sakit pinggang bila pregnant ni lain sangat aku rasa.
Aku tak tahu nak gambarkan macam mana.
Bagi yang pernah pregnant mesti tau apa yang aku rasa.
Bila dah sakit apa nak buat pun rasa tak kene je.
Tapi bila difikirkan demi anak takpelah aku harungi jugak dengan kuat.
Insya Allah.

Bab ngidam bagai semua setakat ni aku rasa aku takde rasa ngidam tu lagi.
Cuma Incik Suami jela yang sebuk nak itu ini dari aku.
Pendek kata dia yang ngidam bukan aku.
Sampailah sekarang dia tetap macam tu cuma sekarang ni aku tengok selera makan aku semakin tinggi.
Asyik nak makan je sekarang.
Rasa nak kunyah je kalau tak rasa lapa + nak muntah.

Alhamdulillah aku bersyukur sebab aku dapat rasa semua ni.
Memang rasa lain sebab kita tak pernah rasakan sebelum ni tapi bila kita dah rasa secara automatik baru kita tau apa yang mak kita rasa dulu masa mengandungkan kita.
Alhamdulillah.......Alhamdulillah........Alhamdulillah....
Aku bersyukur sangat.... ;)



Esok checkup !
Harap-harap semua okey.
Tekanan darah harap stabil sebab aku tengah tak sihat sekarang.
Simptom demam + batuk + seleseme selalu je melanda sekarang ni.
Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kehamilan aku.
Amin.....

Selamat Hari Raya Aidiladha semua umat Islam





Checklist 1

Pejam celik tak sangka hampir 5bulan dah.
So semalam tetiba Incik Suami bersuara..

Incik Suami : Nak masuk 5bulan dah ni sayang.Dah tulis ke apa nak beli semua??
Aku : Tak pun.Mak kata tunggu 7-8bulan.Kenapa??
Incik Suami : Takpelah sayang tulis dulu nanti dah 7-8bulan baru start beli.Sekarang boleh tengok-tengok harga semua dulu.
Aku : Baiklah....

So aku pun sekarang tengah bergiat-giat aktif mencari senarai-senarai yang mana ada yang boleh aku jadikan rujukkan aku sendiri.Banyak jugak info yang ada sampai tak tahu mana 1 nak follow.Yang ni aku follow dalam buku PA&MA keluaran Mei 2011 and ada yang aku tambah sikit-sikit.Jom check........

A) Keperluan Bayi
Pakaian :
Baju lengan panjang dan pendek
Seluar panjang dan pendek
Sarung tangan dan sarung kaki
Kain lampin @ Lampin pakai buang
Selimut
Barut bayi
Tuala mandi
Sapu tangan
Topi
Tikar getah bayi
Bakul pakaian bayi @ Beg

Mandian :
Sabun bayi
Bedak bayi
Losyen bayi
Shampoo bayi
Besen mandian bayi
Putik kapas
Tisu basah
Minyak Yue Yee

Penyusuan :
Botol susu
Puting bayi
Berus botol susu
Pencuci botol susu
Bekas simpan air panas

Tidur :
Set bantal
Tilam
Katil bayi
Buaian bayi


B) Keperluan Ibu
Pakaian :
Baju besar + Kain batik
Pad bersalin
Stokin
Bengkung

Kesihatan :
Mandian herba untuk ibu
Jamu
Minyak angin
Pil kesihatan
Batu tungku

Penyusuan Badan :
Pam perah susu


Hmmm setakat ni aku rasa ni je kot yang penting.If ada lagi nanti aku akan add.Harap semuanya dipermudahkan.Lagi satu tak semestinya semua yang aku tulis ni aku akan beli semuanya.Mungkin aku beli yang betol-betol penting je dulu.Ada jugak barang yang memang tak patut kita beli sebab nanti tak gunakan dan yang paling penting kenelah ikut budget kita.Tak kiralah anak sulung ke anak bongsu ke janganlah berbelanja berlebihan dengan apa yang sepatutnya.Mudah-mudahan la ye...


Doa Seorang Isteri...



Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


p/s : Copy from Irene Nadia Marcello.Thx !!

Doa Pengikat Kasih Sayang

Assalammualaikum.
Hari ni nak share pasal doa n zikir je.
Baca buku PA&MA then terus rasa nak share.
Sharing is Caring right??

Tadi da share pasal Zikir Lembutkan Hati Suami pastu sekarang aku nak share pasal Doa Pengikat Kasih Sayang pulak.
Ini antara doa pengikat kasih sayang yang terbaik yang boleh kita amalkan.
“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Insya Allah...mudah-mudahan kita semua akan diberkati.
Nak tau selanjutnya boleh lah klik PA&MA laman web atau beli bukunya terus.

Zikir Untuk Lembutkan Hati Suami

  1. Ya Aziz
  2. Ya Jabbar
  3. Ya Mutakabbir
Zikir di atas boleh diamalkan oleh semua para isteri kepada suami untuk lembutkan hati suami.Ni untuk yang suami mungkin agak bengis, garang atau susah nak diajak berbincang.
Selepas baca beberapa kali, hembuskan kat suami kita dalam keadaan suami tak perasan atau lebih senang isteri baca masa suami tengah tido.Hembuskan di tapak tangan dan letak tangan di dada suami.Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.Bila hati dah lembut barulah senang nak berbincang atau melakukan perhubungan.Insya Allah.

Seterusnya amalkan doa ini pulak :
" Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi."

Luah Rasa 2

Assalammualaikum.
Selamat hari Khamis semua.
Aku ni setiap hari dok kira hari je....bile nak weekends??
Hehehehe..hati sentiasa ada kat umah je.
Nak-nak lagi dengan keadaan sekarang memang tak nak keluar umah langsung kalau boleh.
Tapi kalau tak keluar g keje macam mana nak dapat duitkan??

Actually tahun lepas and tahun ni memang tahun yang sedih untuk aku.
Bezanya cuma tahun ni lagi sedih berbanding tahun yang lepas.
Tahun lepas aku bertunang bulan 3.
Tahun ni pulak aku kahwin bulan 6.
Dan tahun ni jugak aku dapat GOOD NEWS.
Apa GOOD NEWS tu nanti aku story.
Sekarang ni story yang sedih dulu.

Setiap tahun bila masuk bulan 10 selepas tahun 2002 adalah bulan yang amat menyentuh hati aku.
Pada tahun 2002 dan bulan 10 laa kami sekeluarga kehilangan ABAH yang amat-amat disayangi.
Apakan daya ALLAH SWT lebih menyayanginya dari kami.
Tapi pemergiannya memang tak pernah kami mintak.

ABAH tak sempat nak tengok aku habis sekolah.
ABAH tak sempat nak rasa duit hasil titik peluh aku.
ABAH tak sempat nak tengok aku bertunang.
ABAH tak sempat nak sibukkan diri untuk persiapkan majlis aku.
ABAH tak sempat nak walikan aku ketika nikah.
ABAH tak sempat nak tengok aku kahwin.
dan yang paling membuatkan aku rasa sedih..................
ABAH TAK SEMPAT NAK MENIMANG CUCUNYA YANG PERTAMA !!!!!!!!!!!
Inilah GOOD NEWS tu.

Abah....orang da pregnant.Kalau abah ada mesti abah orang yang paling seronok sekali.
Cucu abah insya allah akan lahir pada bulan 3 tahun depan iaitu bulan kelahiran abah jugak.
Abah doakan orang ye kat sana.
Orang kat sini sentiasa doakan abah kat sana.
Love u abah !!!
Miss u abah !!!
AL-FATIHAH.......amin !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...