Hobi Baru

Semenjak dah ada anak ni bukain main tau dah ada hobi baru.Gitu....
Hehehhe aku pun tak tahu macam mana boleh timbulnya hobi sebegini bole ada dalam diri aku.
Jom cekidauttttttttt.............................................

Diapers Free Sample
Huggies - http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx

Babylove - http://www.babylove.com.my/

Mamypoko - https://www.mamypokoclub.com/product/sample_request.php

Drypers - http://www.drypers.com.my/ms/Produk/permintaan-sampel/

Whoopee,email to: whoopee@peoplengrit.com
Sila sertakan maklumat berikut :
Name:
MyKad:
Address:
Mobile No:
Baby’s name:
Baby’s MyKid:
current diaper brand:
Request Sample size: (you are allowed to mix)

Sample Susu Percuma
Dutch lady - http://www.smartmoments.com.my/momsclub/samplerequest

Friso - http://www.growinguptogether.com.my/members/login/register.html

Anmum - http://anmum.com/my/sample_request.aspx

Nestle Nan Grow - https://www.facebook.com/FirstSolidFoods/app_353743508012124

Dumex - http://www.dumex.com.my/login

Mead Johnson - http://www.meadjohnsonasia.com.my/sign-up.aspx?sampleReq=1

Isomil - http://www.abbottnutrition.com.my/member_features/mbr_sample_order.asp?type=1



Lain - lain
Libresse. -    http://www.livelibresse.com.my/goodies.html
http://www.livelibresse.com.my/whatslibresse.html

Poise - http://www.poise.com.my/en/request-sample/Default.aspx

Kleenex - https://www.kleenex.com.my/samples

Cerelac - https://www.facebook.com/FirstSolidFoods/app_535267586490258

Hada Labo -  http://shoponline.hadalabo.com.my/sample/registration.php

Goodies for pregnant mama - http://www.dumex.com.my/pre_preg?q=Pregnancy+symptoms

Comfort Ultra Pure - https://www.facebook.com/ComfortMalaysia/app_415015315197110

Kotex - https://apps.facebook.com/endyourcompromises

Vanish - http://www.myvanishtrick.com/my/

Breast Pad
 MAM - email ke  hello@mymambaby.com


Okey setakat ni tu aje yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.
Nanti if ada lagi aku update la ye...
Selamat mendapa free sample..... ;)

 

Alhamdulillah Selesai Majlis Cukur Jambul & Berendoi Harith Danish

Alhamdulillah selesai majlis cukur jambul dan berendoi anak aku si budak tecik,Harith Danish.
Alhamdulillah anak yang baik.
Before start majlis anak aku da tido mase otw nak ke rumah embah aku.
So sampailah majlis start si budak tecik still tido lagi dalam buaian.
Agaknye rindu dgn buaiannye kot sebab da lama tak tidokan dia dalam buaian.

Lastnye aku dipaksa untuk kejutkan dia sebab nak mulakan proses tawaf 3 kali dan cukur jambul.
Si budak tecik terkejut bangun-bangun tengok rumah penuh dengan orang yang sedang menyanyi.
Dia tengok sekeliling + blur.Tetiba dia senyum.
Anak aku ni fesyen suke orang ramai.

Dia mula buat perangai bila nak masukkan dia dalam buaian balik untuk berendoikan dia.
Dia taknak masuk buaian balik.Dia nak main.
Naseblah ada makcik dalam marhabban tu nak layan dia kalau tak abislah.Si budak tecik dok diam sambil dia pun ikut nyanyi sekali..

Alhamdulillah aku lega bila majlis da selesai.
Terima kasih pada tuan rumah@embah sekeluarga,family,family mertua,kezen n jiran yang sudi datang memeriahkan majlis kami.Hanya ALLAH SWT saja yang dapat membalas budi baik kalian...aminnn 


 

Akhirnya Harith Danish Jatuh Katil...... T___T

Benda yang tak diingini akhirnya terjadi jugak.
Aritu nyaris-nyaris tapi semalam jadi kenyataan.

Mulanya aku tengah tidurkan Harith Danish lepas dia makan bubur gandum.
Aku menyusukan dia macam biase.
Actually Harith Danish ni akan menyusu sampai dia lepaskan puting.
So memang dia da lepaskan puting dan aku pun bole melepak sekejap sebelum aku keluar dari bilik.
Aku memang da pastikan yang dia betul-betul da tidur dengan lena sebelum aku keluar bilik.
Sebelum aku keluar pun aku da kandang kiri dan kanan dia dengan bantal dan aku selimutkan dia sekali.

Aku keluar konon nak makan sebab perut dah lapar balik.
Aku duduk berdepan dengan Incik Suami sambil pakaikan dia bedak sejuk.
Lepas tu aku nak bangun nak tengok Harith Danish cadangkan tapi.......

GEDEBUKKKKKKKKK !!!!

UWAAAAWAAAAAAAA !!!!

Belum sempat aku bangun aku dah dengar bunyi jatuh.
Aku terus lari masuk bilik sambil jeritkan nama Harith Danish.
Aku lari pun sampai terjatuh sebab terlalu menggelabah.
Serius aku menggigil,lutut lemah sangat bila tengok dia da jatuh terjelepok kat bawah dengan selimut dia.
Aku terus angkat dan dukung dia sambil usap bahagian kepala belah kiri dia.
Merah........
Aku usap + aku cium dia banyak kali dan terus bagi dia nyusu.
Sambil nangis sambil tu dia menyusu.
Incik Suami pulak dukung dia dan dia terus menangis.
Aku dukung balik dan bagi susu lagi.
Incik Suami terus masak air panas.
Aku terus usap + cium sambil mintak maaf kat dia.
Tipulah kalau aku cakap aku tak menangis.
Incik Suami macam tergamam.

Sambil menyusu terus Incik Suami tuamkan harith.
Harith Danish macam taknak lepaskan aku langsung.
Lepas dia menyusu tu Incik Suami cakap jangan bagi dia tidur dulu.
Incik Suami nak tengok dia masih aktif atau tak.
Lepas tu barulah kitorang tengok keadaan keseluruhan tubuh badan dia.

Alhamdulillah dia masih aktif walaupun mata dia mengantuk.
Terkedip-kedip mata dia sebab tahan mata nak main.
Aku memang salahkan diri aku sendiri sebab aku yang tinggalkan dia.
Aku nak bawak dia g CT SCAN nanti.
Insya allah harap Harith Danish takde pape.







p/s : baru je lepas coll pengasuh Harith Danish tanya khabar dia.Alhamdulillah dia okey.

Jemputan Majlis Cukur Jambul + Berendoi


Semoga majlis ini dirahmati dan diberkati.....
Insya ALLAH...
Aminn







Rezeki dia...

Alhamdulillah rezeki anak aku.
Aku jarang beli baju anak aku sebabnya ramai yang sponsor.
Wah sponsor...

Actually kakak sedara aku ni rajin no sedekahkan baju anak-anak bujangnya kat aku.
Bukan baju je tapi sekali dengan mainan bagai.
Paham-paham jela anak aku ni umur 6bln tapi baju pakai size budak umur 1thn @ 2thn keatas.
So baju anak-anaknya banyak.Dari tersimpan baik dia sedekahkan.
So dia sedekahkanlah kat anak aku.
Banyak sampai tak cukup almari tak cukut tempat sidai.
Paham jela baju budak ni kecik-kecik so nampak banyak.
Kat rumah tu ha selonggok tak lipat lagi.
Nak nangis aku melipatnya semalam.

Bab mainan pun sama.
Aku tak tahu nak beli mainan apa untuk anak aku.
Setakat ni aku hanya beli mainan untuk dia gigit-gigit je.
Kalau anak pompuan senang je.
Beli bear.

Apa-pun terima kasih yang sudi sedekahkan untuk anak aku.
Semoga murah rezeki korang dan murah jugak rezeki aku.
Aminnnnnnnnnn.........










p/s : Alhamdulillah syukur..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...