Minggu ke 32

Assalammualaikum...

Alhamdulillah masuk minggu ke 32 kehamilan aku.
Diam tak diam lagi 10 minggu insyaa allah aku bergelar mama buat kali kedua.
Cepatnya masa berlalu sedangkan aku rasa baru je bersalinkan si Harith semalam.
Esok aku akan checkup di PPUM. Harap boleh terus checkup kat PPUM je sampai bersalin.
Klinik bukan taknak tapi paymentnye tu yang tak sanggup tapi details semua lengkap.
Takpelah sama je kan asalkan semua selamat.

Actually aku selalu pikir macam manalah agaknya bersalin untuk kali ke-2 ni.
Harap tak seperti yang 1st. 
Aku kene pikir positif dan insyaa allah yang datang pun positif.
Buat masa ni baju-baju si abang semua aku dah keluarkan dan pilih untuk dibasuh.
Ops lupe nak bagitau kali ni jantina baby still BOY lagi, so alhamdulillah masih boleh pakai baju si abangnya. Lega sikit tapi ayahnya still nak beli 2-3 baju baru untuk si adik.

Untuk pengetahuan korang pengalaman aku bersalin yang 1st memang menakutkan.
Nak dijadikan cerita 10hb March 2013 tu kitorang sekeluarga g celebrate befday akak aku + befday Incik Suami sekali kat Shah Alam. Aku makan memang banyak betul. Selera bagaikan tak makan bertahun lamanya. Keesokkannya aku ada bleeding pink-pink.
Pegi PPUM cek baru 1cm then balik rumah. Macam mana tau 1cm? Seluk la beb. Seriau.
Then keesokkannya baru aku check in PPUM sebab dah 2cm pembukaannya.
Alhamdulillah setakat tu semua okay.
Then esok pagi pukul8 doktor datang cek and seluk lagi.
Omaigad dah 5cm and secara automatik aku terus bleeding merah sepekat-pekatnya.
Terus kene masuk labour room.
Aku sempat mesej Incik Suami je cakap aku nak masuk Labour Room and mintak tolong bagitahu mak aku.
Alhamdulillah bertarung nyawa hampir 2jam lebih tepat pukul10.18pagi aku selamat melahirkan Harith.
After that pukul12lebih tengah hari baru aku kuar dari Labour Room tu lepas selesai segala-galanya.
Airmata menitis bila aku tengok mak aku, Incik Suami, adik aku yang bongsu dan mak mertua ada kat ruangan menunggu.
Nak dijadikan cerita aku tak boleh nak kencing selepas balik rumah.
Aku kencing dalam sesudu dua je.
Bayangkan selama lebih kurang seminggu jugakla aku tak boleh kencing.
Then decide terus ke PPUM balik sebab perut aku dah besar, pinggang makin sakit.
Actually bukan taknak g PPUM dari awal tapi perasaan TAKUT tu terlampau sangat ada dalam diri aku.
Akhirnya aku terpaksa mengalah sebab tengok mak aku dah menangis bagai tengok keadaan aku.
Apa lagi sampai di PPUM aku kene cucuk pakai tiub dan sakittttttttttttttttt sangat.
Hampir 3 jug weyh air kencing aku dan aku mula muntah serta pening kepala.
Terus kene tahan wad.
Dan aku berada di wad selama 8hari.
Sebelum dibenarkan keluar dari wad nurse dan doktor ajar aku macam mana anak guna tiub tu sebab aku masih lagi tak boleh kencing.
Sampaikan aku merayu kat doktor sambil menangis nak balik punya pasal + doktor pun ikut nangis sekali sebab maybe kesiankan aku.
Rindu weyh kat Harith. Bayangkanlah si Harith pulak yang datang melawat aku saban hari untuk BF.
Dan akhirnya alhamdulillah aku boleh kencing seperti biasa tapi makan masa jugakla.

Inilah pengalaman bersalin aku untuk yang pertama kali.
Memang serik dah nak pregnant lagi tapi kuasa ALLAH SWT memang takde sapa boleh lawan, DIA berikan aku peluang untuk mengandung kali kedua.
Harapan dan doa aku masih seperti biasa, mengharapkan kali ni lebih baik dari sebelum ni.
Mohon korang doakan aku agar semua dipermudahkan.
Insyaa ALLAH .... amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...