Harapan di Tahun 2014

Assalammualaikum...

Alhamdulillah aku dah pun berhijrah.
Aku dah pun selamat berhijab. Tahniah sue !!!!
Dengan berkat doa dari keluarga, akhirnya minda aku dah pun terbuka untuk melakukan satu perubahan.
Lega??
Syukur aku lega dengan imej aku sekarang.
Aku rasa tenang dan bertambah semangat.
Nak-nak lagi aku dah ada keluarga sendirikan,dah ada anak lagi. Lagipun ini atas kerelaan aku sendiri.
Tentang kenapa aku tetiba berubah secepat ini biarlah aku dan keluarga aku je yang tau kenapa.
Perubahan itu perlu bila kita dah benar-benar bersedia.
Insyaa Allah...
Harapan??
Supaya aku akan terus berimej seperti ini dah menolak tepikan segala tohmahan ataupun pandangan orang terhadap perubahan diri aku sekarang.
Tipulah kalau aku kata takde orang yang berbisik-bisik pasal aku berubah ni.
Lantakkanlah kan.... :)


Untuk yang kedua.
Aku rasa bersyukur sangat sebab segala doa aku ALLAH SWT dengar dan terus makbulkan.
Akhirnya aku keluar jugak dari 'NERAKA DUNIA' aku.
Akhirnya aku dapat keluar jugak dari ofis lama aku tu.
Kenapa aku panggil tempat tu 'NERAKA'??
Mana taknya apa aku nak buat semua tak kena.
Aku ni dah diibaratkan anjing je bagai diorang.
Cuti semua susah + gaji + tiada benefit.
Aku rasa aku buang masa kat situ sebab aku tak belajar pape sangat. Rugi....
Dan aku rasa salah satu penyebab aku boleh berubah pun kemungkinan besar jugak dari sana.
Tapi takpelah sebab akhirnya aku da lepaskan kat situ WALAUPUN aku brhenti tanpa gaji aku hampir sebulan.
Sedih?? Kecewa?? Terkilan?? Marah?? Semua ada.
Tuhan jelah yang tau.
Dugaan yang besar jugak buat aku untuk bulan tu.
Kenapa aku tak dapat gaji? Katanya sebab aku resign 24 jam.
Dorang akan bagi gaji if ada notis 1 bulan.
Arghhhhh bala......aku redha !!!


Untuk yang ketiga.
Syukur dengan apa yang berlaku akhirnya aku dapat keje jugak sehari lepas berhenti dari tempat 'NERAKA DUNIA' tu.
Sekali lagi doa aku didengar dan dimakbulkan ALLAH SWT.
Inilah rezeki buat anakku MUHAMMAD HARITH DANISH.
Alhamdulillah....
Dan sekarang aku masih lagi disini dengan pelbagai ilmu yang aku dapat dan pelbagai jenis kerja yang aku pelajari.
Aku belajar banyak benda kat sini.
Admin + sales + akaun.
Harapan?
Aku mohon padaMU YA ALLAH kau kuatkanlah hatiku untuk terus kekal disini dengan mengumpul segala ilmu dan jenis kerja untuk aku tingkatkan ilmu kerja aku.


Yang keempat.
Harapan nak bercuti dengan keluarga aku.
Harap sangat Allah dengar dan makbulkan doa aku.
Dah lama aku tak spend time dengan family aku semenjak aku dah berkahwin ni.


Akhir sekali.
Aku dah maafkan semua orang yang ada disekeliling aku tapi untuk kembali seperti dulu kala maybe makan masa or tidak sama sekali. Allah SWT je yang maha mengetahui.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...