Luah Rasa 1

Assalammualaikum...
Bila buka blog terus jadi pelik sebab dah tukar semua baru.
Mak aii memang tak paham 1 apa pun.
Main-main tekan je.

Sekarang ni memang banyak aku nak luahkan tapi apa pun kene tapis sebab tak nak nanti ada yang sentap macam blog lama aku tu.
Tak pasal je kene DELETE BLOG gara-gara manusia itu.
Haishhhh...

Aku tak suka keadaan yang macam ni tau bila semua benda atas aku je.
Aku ni bukan ada jawatan yang besar-besar pun TAPI...
kenapa aku selalu jadi mangsa??
Aku nak tau sangat la apa job scope untuk recep macam aku ni yang sebenarnya??
Tolonglah aku dah mula RIMAS !!



Surah Bacaan Ketika Mengandung


Assalammualaikum korang.
Sekarang ni aku kene rajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni untuk search tentang orang pregnant.
Saje nak tambahkan ilmu di dada.
Orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Baru aku tau rupanya banyak info yang kadang-kadang kita memang tak tahu dan ada setengah tu memang kita da tau berdasarkan dari cerita orang yang berpengalaman.
Aku ni takdelah baik sangat tapi kadang-kadang niat ingin tahu tu mendalam sangat.
So search punya search memang banyak aku dapat info.
So aku kongsikan dengan korang yang mana pregnant tu untuk amalkan ayat-ayat kat atas tu.
Insya ALLAH semoga kite dan kandungan kite diberkati dan semoga dipermudahkan segalanya.
Amin....
.


Perkembangan Janin Dalam Rahim





P/S : Sweeeeeettttttttt video ni !!!




Banyak Yang Harus Difikirkan Sekarang

Assalammualaikum.....

Semenjak beberapa ketika ni hati cepat sangat terusik.Pantang dimarah pasti akan mengalirkan airmata.
Sekarang diri masih suka duduk dan terperap dirumah je.
Mula rasa rimas dengan persekitaran dan kelibat manusia-manusia.
Kenapa ye??
Adakah kerana pembawakkan budak??
Hormon bertukar??
Atau sebaliknya....??
Takpelah abaikan jela.
Harap semua okey alhamdulillah....

Lepas kahwin memang rasa lain sebab kita da ada suami.
Alhamdulillah aku masih diberi peluang melepakkan diri bersama dengan keluarga tercinta.
Minggu lepas sebuk ke IOI MALL.
Pada mulanya niat dihati nak ikut sebab nak tengok TV yang mak aku nak beli lastly aku kene shopping paksa.
Memang rasa lain sebab kita da kahwinkan.
Melihat kegembiraan yang terpancar di riak muka mak aku actually sebenarnye aku nak nak nangis.
Hati terusik dan mulalah membayangkan yang bukan-bukan.
Tapi cepat-cepat buat hati fikir benda lain.

Berat badan semakin naik.
Memang mendadak.
Alhamdulillah syukur.
Esok aku akan ke hospital untuk check up jantung.
Harap semuanya okey.
Aku da cukup runsing dengan hal yang ini.
Dengan harapan ALLAH akan turunkan satu mukjizat untuk aku walaupun siapalah aku untuk menerima mukjizat itu.
Insya Allah.....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...