Rezeki~

Bukan mudah nak besarkan anak anak di zaman penuh cabaran ni. Kita sekat mereka , mereka boleh jadi ‘jakun’. Kalau beri kebebasan , mereka boleh jadi Sazali’. 


Kata-kata yang aku pinjam dari BenAshaari...Betul sangat dgn apa yg diperkatakan. Nak-nak lagi aku dengan 2 hero. Ya setakat ni anak aku dua-dua LELAKI. Tipulah kalau aku cakap aku taknak anak perempuan kan, at least sorang pon okay tapi semua tu kerja ALLAH SWT. Aku redha je kalau masuk anak ke-3 ni pon lelaki lagi sebab gen side aku semua perempuan kan. Ya sabar dengan sindiran atau ayat-ayat perli dari orang sekeliling yang gemar membandingkan jantina anak mereka dengan anak aku. Tipu jugak kalau aku cakap aku takde rasa pape bila dibandingkan jantina yang mereka sudah sepasang sedangkan aku hero dua-dua dan baru-baru ni pon ada jugak kata-kata sindiran yang aku terima..


Cukup bagi aku ALLAH SWT tahu apa yang terbaik buat kami. Aku positifkan diri mental dan fizikal bahawa ada sebab kenapa ALLAH SWT tu belum berikan apa kami harapkan. Bagi aku semua ni bersebab dan aku bukanlah alim sangat pon tapi aku tau semua ini ada sebab. Bagi aku lelaki atau perempuan is sama. Cuma beza bila ada anak lelaki ni senang kalau kita meninggal nanti, in shaa allah jenazah kita anak-anak yang angkatkan dan yang paling penting doa dari anak lelaki paling senang dan pantas sampai.


Aku actually dah muak bila preggy org dok sebok-sebok tanya aku anak perempuan ke lelaki lagi?? Kalau blh diacu aku nak buat acuan kembar je, senang bersalin dan penat sekali kan..tapi itulah masyarakat kita ni expecially melayu ni gemar membandingkan anak mereka dengan anak kita dan gemar membanggakan anak. Cukuplah kita mendoakan anak-anak kita diredhai dan diberikan kesihatan yang baik kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...