Alhamdulillah........Rezeki

Assalammualaikum semua....
Lama dah menyepi so hari ini aku kembali.
Takde apa yang menarik untuk aku kongsikan kali ini.
Cuma adalah serba sedikit cerita yang tak berapa nak best yang boleh aku share kan dengan semua.



First.....
Dugaan silih berganti namun kami redha dan terima dengan seadanya apa saja yang Allah SWT berikan pada kami.Bagi aku nak senang mane ada terlalu senang, mesti kene lalui kesusahan dan kepayahan.Kalau orang kata KARMA itu aku tak tahu sebab itu kerja Allah.Hanya DIA yang maha mengetahui segala-galanya.
Alhamdulillah....



Second.....
Masalah AIR.Semua dah sedia maklumkan dengan masalah air kat negara kite ni terutama sekali SELANGOR.Redhakan jela.So air ada ikut peringat.2 hari ada air dan 2 hari tak ada air.Alhamdulillah setakat ni cukupla air tadahan kami untuk kami sekeluarga.Yelah weekend aku balik Puchong so jimatlah sikit penggunaan air yang kami tadah.Hehehe sebabnya kat umah mak aku sentiasa ada air.Jeles !!!!



Third.....
Alhamdulillah Allah Swt masih percayakan kami dan DIA berikan kami zuriat lagi untuk kali kedua.Syukur,aku disahkan mengandung 9minggu.Alhamdulillah syukur ya allah.Akan kami jaga dan pelihara anugerah tak ternilai yang telah engkau berikan pada kami.
Alhamdulillah....



Fourth....
Alhamdulillah si budak tecik dah semakin membesar.Actualli dah tak boleh nak panggil si budak tecik dah sebabnya tak lama lagi nak dapat adik.So kene panggil ABANG LONG lepas ni.Lately ni memang aku ada ajar panggil dia dengan gelaran abang tapi tak dilayannya.Grrr geram aku bila panggil abang dia buat tak tahu tapi bila panggil adik laju je pandang.Hai lah anak mama dah semakin bijak dan semakin membesar.Perangau pun dah macam-macam sekarang.Alhamdulillah masih mampu BF dia dan besarkan dia.We love u son !!!!



Ini saja setakat ni.So jumpa next entry ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...